Monday, December 7, 2009

Tabik Setan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana hari ini khairi masih diberikan kesihatan yang baik dan masih diberi kesempatan masa untuk menulis pada hari ini Alhamdulillah. Sementara cuti semesta masih berbaki beberapa minggu lagi khairi akan cuba kupaskan beberapa isu dalam blog ini yang masih lagi menjadi persoalan walaupun isu yang khairi ingin kupaskan ini telah lama disebarkan. Isu yang dimaksudkan itu adalah “Tabik Syaitan”. Terima kasih kepada pengirim yang telah mengirimkan email gambar-gambar dan penerangan berkaitan topik khairi ini.

Lambang-lambang yang berunsurkan pemujaan ini sebenarnya merupakan pengaruh luar iaitu berasal dari kaum yahudi dan Nasrani yang tidak putus-putus menjajah minda dan pemikiran umat Islam terutamanya golongan remaja Islam pada zaman sekarang. Ramai yang tidak sedar akan perbuatan yang mereka lakukan itu berunsurkan kepada pemujaan syaitan. Kita boleh lihat dengan jelas sekali pada artis-artis tempatan yang selalu mengagung-agungkan lambang-lambang pemujaan syaitan ini. Adakah mereka tidak tahu apa yang mereka buat? atau adakah itu dijadikan sebagai satu aset ataupun modal untuk menarik perhatian semua orang? atau mungkin mereka telah terikut-ikut dengan budaya luar tanpa usul periksa? Bukan semua artis tempatan kita menggunakan lambang pemujaan syaitan sebagai symbol kepadanya, mungkin hanya sebahagian daripada artis ataupun mungkin hanya dalam kelompok golongan minoriti. Di bawah ni ada disertakan beberapa contoh yang kaum yahudi telah menjajah minda artis-artis tempatan kita.



Apa yang menyedihkan lagi adalah lambang ini dijadikan sebagai satu trend bagi artis-artis yang mengelarkan dirinya “rock” dan perlulah diingat golongan ini merupakan pengaruh yang kuat pada masa sekarang dengan media massa yang meluas dan hiburan yang berterusan ramai remaja-remaja sekarang terikut-ikut disebabkan pengaruh yang kuat dari artis yang selalu menjadikan simbol pemujaan syaitan sebagai trend mereka. Perkara ini makin ketara apabila kita lihat bukan saja golongan remaja yang terikut-ikut dengan trend sebegini malahan anak-anak kecil yang baru berumur lingkungan 3, 4 tahun dah pun pandai meniru trend yang tak sepatutnya dibuat dan lebih memilukan pak cik, makcik, datuk, nenek pun masih lagi tak tahu apakah simbol yang mereka lakukan itu.

Untuk memperjelaskan lagi tentang simbol yang diperkatakan sebagai pemujaan kepada syaitan, di bawah ini diterangkan secara terperinci apakah maksud berkaitan simbol-simbol tersebut yang mana orang ramai terutama umat Islam pada masa kini menjadikan simbol-simbol ini sebagai satu trend dalam kehidupan mereka tanpa mengetahui maksudnya.



Horned God - Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.

Tuhan bertanduk – Mewakili Tuhan bertanduk ilmu sihir. Pan atau Cernunnos. Perhatikan ibu jari di bawah jari-jari itu dan diberi oleh tangan kanan.



Horned Hand - The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.

Tangan Bertanduk – Tanda pengiktirafan antara mereka yang dalam Occult. Bila menunjukkan seseorang ia dimaksudkan untuk menempatkan satu sumpahan. Perhatikan ibu jari mengenai jari-jari itu dan diberi oleh tangan kiri.



Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above.

Witch Sign atau Moon Sign Digunakan untuk memberi hormat kepada bulan naik. Juga digunakan oleh peluncur dan pasukan bola sepak. Ini merupakan tanda yang furor wajar menggunakan untuk menandakan "Cangkuk Um" tanduk-tanduk, Bukan 2 di atas.



Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.

Anton LaVey, pemimpin dan pengasas the Church Satan.

Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.

Anton LaVey, pengasas Church Satan dan pengarang kitab Bible of The Satanic, mempamerkan "Tangan Bertanduk" (juga disebut "tabik syaitan" dan Il Cornuto) dengan tangan kirinya, pada kulit belakang bagi The Satanic kitab Bible.



From the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.

Daripada Kitab Injil Syaitan: ‘Tabik Syaitan', Horned Hand atau The Mano Cornuto adalah satu isyarat kesetiaan antara ahli-ahli Satanism untuk mereka ‘Tuhan bertanduk', satu tanda pengiktirafan dan allegian



A Satanic Ritual
Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)


Satu upacara amal syaitan
Pembuatan Satanists "Tabik syaitan" untuk sebuah altar mempamerkan Goat Mendes atau Baphomet, untuk memaklumi kesetiaan mereka kepada Satan, semasa Satu upacara amal syaitan.)


Apa yang boleh disimpulkan dalam ruangan kali ini adalah masyarakat kita terutama umat Islam haruslah sedar bahawa minda kita sekarang sedang dijajah oleh pengaruh-pengaruh luar yang ingin menyesatkan atau memesongkan pemikiran kita. Mereka akan gembira apabila melihat kita mengikut cara atau budaya mereka, mereka akan lebih gembira apabila melihat umat Islam pada masa kini tidak bersatu dan berpecah belah disebabkan kejahilan umat kita sendiri. Umat kita tidak seharusnya menjadi “pak turut”, selalu saja mengikut apa yang orang lain arahkan atau lakukan. Sebaik-baiknya perlulah berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara adakah perkara yang kita lakukan itu betul ataupun salah. Mungkin kita merasakan apa yang kita lakukan itu betul, tapi mungkin juga perkara yang kita rasakan betul itu pada hakikatnya adalah bertentangan dengan agama. Sama-samalah kita muhasabah diri kita supaya pemikiran kita tidak lagi dijajah dan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Sekiranya sesuatu perkara atau ilmu yang kita tahu sama-samalah kita kongsikan dengan semua orang kerana ia tidak merugikan kita. Malahan mungkin kita tidak sedar dengan sedikit ilmu atau perkara yang kita sampaikan itu telah membantu seseorang yang dalam kejahilan.

Wednesday, December 2, 2009

Sayang di Sayang

Assalamualaikum w.b.t

Semoga pembaca blog khairi berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu serta mendapat keberkatan dalam hidup..amin. Sebelum memulakan cerita khairi ingin mohon kemaafaan dari anda semua sekiranya khairi ada terkasar bahasa dalam penulisan blog ini, membuatkan anda sedih, membuatkan anda semua keliru ataupun khairi mohon maaf sekiranya bahan yang ada dalam blog khairi tidak memenuhi kehendak anda semua. Anda semua boleh luahkan segalanya jika ada perkara dalam blog khairi ini yang membuatkan anda tidak senang hati…Khairi mohon maaf atas segala salah dan silap khairi. Sebenarnya khairi tak ada idea nak cerita dalam blog ni, tapi khairi akan cuba gali sedalam-dalamnya untuk menulis juga hari ni.

Sebagai manusia kita sepaptutnya perlu bersyukur diatas segala kurniaan dari Allah S.W.T ke atas diri kita. Segala apa yang dikurniakan-Nya kepada kita itu adalah untuk kebaikan diri kita bukan untuk membebankan diri kita. Percayalah bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamban-Nya itu. Setiap dugaan dan musibah yang kita tanggung pasti ada hikmah disebaliknya. Kasih sayang adalah satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai kerana setiap manusia yang hidup pasti memerlukan kasih sayang walaupun hanya sedikit. Kasih sayang ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kasih sayang terhadapat Allah S.W.T, kasih sayang terhadapat ibubapa dan keluarga, kasih sayang terhadap guru-guru dan rakan-rakan serta kasih sayang terhadapat masyarakat sekeliling.

Kita perlu sedar bahawa dalam kehidupan seharian kita pasti ada orang yang menyayangi kita, pasti ada orang yang mengambil berat tentang kita dan pasti ada orang yang inginkan kasih sayang dari kita, tetapi ia berbeza-beza dari segi penyampaian kasih sayang itu. Ada orang yang mempamerkan kasih sayangnya dengan cara meluahkan perasaannya, ada orang yang mempamerkan kasih sayangnya dengan cara mengembirakan orang yang disayangi, ada yang mempamerkan kasih sayangnya melalui kata-kata yang indah diiringi puji-pujian dan ada juga orang yang mempamerkan kasih sayangnya dengan cara tindakan yang mereka dilakukan. Contoh yang paling jelas adalah dengan cara mengambil berat. Semua ini bergantung pada individu itu sendiri kerana setiap manusia diciptakan dengan kelebihan masing-masing untuk mempamerkan kasih sayangnya.

Kita juga perlu sedar bahawa kasih sayang akan hilang sekiranya kita ada niat yang tidak betul dalam diri ini. Inilah yang menjadi menyebab kenapa manusia sering terjerumus dalam lembah kebinasaan kerana kasih sayang yang dipamerkan adalah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri saja. Sekiranya kita rasa kasih sayang yang kita berikan untuk tiap-tiap individu itu adalah betul dan diiringi doa tidak ada salahnya jika kita bersungguh-sungguh untuk mempamerkan kasih sayang kita dan jika sebaliknya kita haruslah perbanyakkan zikir dan doa agar hati kita kembali tenang dan supaya kita dapat kembali seperti sediakala. Sebaik-baiknya lakukanlah solat istiqarah untuk mengetahui adakah kasih sayang yang kita berikan itu betul atau tidak. InsyaAllah jika kita berusaha bersungguh-sungguh pasti akan tahu jawapannya.

Kesimpulan yang khairi ingin memperjelaskan lagi apa yang ditulis untuk ruangan kali ini adalah kasih sayang terhadap Maha Pencipta adalah patut diutamakan, yang kedua adalah ibubapa kita dan isteri jika mempunyai isteri serta diikuti para guru-guru kita. Khairi menyeru kepada semua pembaca blog ini termasuk juga diri saya marilah kita sama-sama mempamerkan kasih sayang yang berlandaskan syariat Islam, jangan jadikan kasih sayang menjadi penyebab kepada diri kita untuk menyimpan perasaan kecewa dalam diri, jangan jadikan kasih sayang sebagai penyebab kita menjadi seorang yang pemarah, pendendam, dan akhir sekali janganlah kerana kasih sayang kita dibinasakan. Sekiranya kita menyimpan perasaan hampa dan kecewa disebabkan kasih sayang luahkanlah kepada orang-orang yang boleh dipercayai seperti ibubapa dan guru-guru kerana dengan berbuat sedemkian kita akan merasa lega. Perlulah diingat kasih sayang bukanlah untuk mendidik seseorang itu untuk menjadi seorang yang pemurung, seorang yang pemarah, dan seorang yang terpinggir tapi sebaliknya kasih sayang itu adalah untuk mendidik seseorang itu menjadi insan yang mulia disisi Allah S.W.T dan seterusnya cemerlang didunia dan akhirat.

Tuesday, November 17, 2009

Antara Maya dan Nyata

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada pelawat blog khairi... Hari ini khairi akan menceritakan serba sedikit berkaitan topik baru yang datang secara spontan dalam fikiran khairi. Apakah yang dikatakan maya dan apakah yang dikatakan nyata. Maya adalah satu benda yang kita tidak dapat lihat oleh mata kasar kita, kita tidak boleh sentuh dan kita tidak mengetahui secara terperinci tentang sesuatu yang dikatakan maya itu. Nyata pula adalah sesuatu yang kita dapat lihat, dapat sentuh dan lebih mengetahui secara terperinci tentang sesuatu benda yang diklasifikasikan sebagai nyata.

Kita masuk kepada perkara yang khairi ingin kaitkan antara maya dan nyata. Perkara yang dimaksudkan itu adalah "pembohongan dalam perhubungan". Dalam perkembangan teknologi yang sedia ada sekarang ini, kita dapat lihat ramai orang yang memulakan perkenalan mereka melalaui internet kerana ia terlalu mudah untuk berkenalan dengan seseorang jika dibandingkan memulakan perkenalan secara nyata. Dengan adanya pelbagai-bagai ruang sembang dan ruang sosial yang tersebar secara meluas di internet membolehkan aktiviti perkenalan bertambah mudah. Jika kita perhatikan, aktiviti perkenalan ini bukan saja didominasi oleh anak-anak muda, malahan golongan yang diperingkat umur melebihan separuh abad pun turut mendominasi ruang-runag sembang dan sosial.

Dalam aktiviti perkenalan secara maya ini jugalah, kita akan dapat kenal dan ketahui pelbagai ragam-ragam manusia yang ada di muka bumi ini, ada yang berkenalan dengan niat yang betul, ada yang berkenalan semata-mata untuk menghilangkan rasa bosan, dan ada juga yang berkenalan dengan tujuan untuk mengambil kesempatan. Amatlah mudah jika kita hendak ditipu dalam perkenalan secara maya ini jika kita tidak berhati-hati dalam memilih rakan yang kita hendak kenal. Justeru itu perkenalan secara maya ini amatlah mudah, tetapi perlulah berhati-hati dalam menilai seseorang kerana manusia mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama tetapi isi hati setiap manusia tidak sama. Kita tidak tahu apa yang mereka fikir, kita tidak tahu apa yang mereka hendak dan kita juga tidak tahu siapakah mereka yang sebenarnya.

Dalam perkenalan secara nyata pula, setiap individu akan lebih mudah mengenali diantara satu sama lain kerana ia merupakan perkenalan yang lebih dekat jika dibandingkan dengan perkenalan secara maya. Dekat yang khairi maksudkan itu adalah kita boleh bersemuka secara nyata. Disini kita akan lebih mengetahui bagaimanakah reaksi seseorang itu apabila berada bersama kita. Dalam perkenalan secara nyata ini, penipuan lebih sukar untuk dilakukan jika dibandingkan perkenalan secara maya kerana kita akan lebih mengetahui seorang penipu itu berdasarkan gerak gerinya iaitu dari segi cara percakapan, dari segi respone yang kita dapat perhatikan dan juga dari segi perubahan tingkah laku seseorang itu. Jika dibandingkan perkenalan secara maya, kita sukar untuk memerhatikan seseorang itu kerana perkenalan secara maya ini kebanyakkannya lebih kepada penggunaan teks.

Kesimpulan yang boleh dibuat dalam topic kali ini adalah setiap individu haruslah menghargai dan menggunakan kemajuan teknologi yang sedia ada dengan sebaik mungkin dan dalam masa yang sama mereka perlulah berhati-hati di dalam setiap urusan yang dilakukan secara online ataupun secara besemuka kerana di akhir zaman ini ramai manusia yang lebih mengutamakan keduniaan sehinggakan sanggup memulakan perkenalan dengan individu yang baru semata-mata untuk melakukan penipuan demi kepentingan duniawi. Apa yang menyedihkan ramai manusia sekarang selalu mengguna perkataan “penipuan sunat” untuk menyakinkan seseorang supaya melakukan penipuan. Dalam Islam tidak ada digariskan maksud bahawa manusia boleh melakukan penipuan sunat kerana setiap penipuan yang dilakukan adalah haram dan berdosa.

Friday, November 6, 2009

Keberkatan

Assalamualaikum w.b.t

Semoga saudara dan saudari berada dalam keadaan sihat dan sejahtera serta sentiasa beroleh kebahagian dalam kehidupan harian. Kali ini Khairi akan mengupas sedikit topik baru dalam blog ini untuk dijadaikan sebagai renungan kita bersama. Semoga setiap apa yang disampaikan diberkati oleh-Nya.

Kehidupan yang bahagia dan harmoni adalah satu anugerah Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Setiap manusia akan merasa ketenangan apabila beroleh kebahagian dalam kehidupannya. Kebahagian bukan bermaksud kita menjadi kaya dengan mempunyai beberapa buah kereta mewah, mempunyai beberapa buah banglo dan mempunya duit dalam bank yang tak habis digunakan oleh 7 keturunan. Untuk beroleh kebahagian dalam kehidupan satu perkara penting perlu diketahui, diingati dan perlulah diamalkan agar kita dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perkara yang dimaksudkan itu adalah “KEBERKATAN”.

Maksud sebenar kebekatan disini adalah "kebaikan yang bertambah, berterusan dan berpanjangan". Kita akan beroleh keberkatan sekiranya segala amalan yang kita lakukan sentiasa menuju ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai bukan jalan-jalan yang dimurkai dan di situ jugalah kita akan merasa kebahagian dengan adanya keberkatan dalam hidup. Contoh yang jelas adalah Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyaklah dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidupnya sentiasa tenang dan sentiasa berpuas hati dengan setiap perkara yang dilakukan serta sentiasa mengigati Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan dalam kehidupan hariannya. Inilah yang dikatakan keberkatan dan jikalau hidup tiada keberkatan, walaupun harta benda yang telah dikurnikan oleh Allah kepada hamba-Nya itu semakin bertambah, hidupnya tidak akan merasa kebahagia dan ketenganan serta kepuasan dalam setiap perkara yang dilakukan, justeru itu semakin jauh dirinya untuk mengingati Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Ini akan menyebabkan mereka akan sentiasa berada dalam kesesatan dan kebinasaan.

Disini khairi ingin kongsikan sedikit ilmu tentang bagaimana amalan yang perlu dilakukan untuk mendapat “keberkatan” dalam kehidupan sekiranya masih kurang, khairi amat mengalu-alukan saudara dan saudari dapat kongsikan.

1) Terhadap Maha Pencipta Alam Semesta
- Mencintai Allah S.W.T
- Sentiasa mengingati Allah dalam kehidupan harian
- Sentiasa melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah
- Perbanyakkan amal ibadat
- Biasakan diri dengan bersedekah
- Sentiasa bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikan
- Sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendapat keberkatan
- Tidak berbangga dengan kelebihan yang dimiliki
- Sentiasa sabar dalam menempuhi ujian dari Allah.
- Memilih jalan yang betul dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

2) Terhadap ibu bapa dan keluarga
- Sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa dan keluarga
- Sentiasa mendoakan mereka supaya beroleh keberkatan dalam kehidupan
- Sentiasa meminta doa dari mereka
- Tidak menyakiti hati mereka. (menjaga hati mereka jangan sesekali mengecewakan mereka)
- Menyayangi mereka
- Selalulah mengembirakan mereka
- Cuba sedaya upaya untuk membalas segala pengorbanan ibu bapa dan keluarga
- Tidak melupakan mereka walaupun berada berjauhan dengan mereka. (sentiasa berhubung dengan mereka).
- Sentiasa mengingati setiap pengorbanan dilakukan oleh ibubapa dan keluarga terhadap kita

3) Terhadap guru-guru(tenaga pengajar)
- Meminta mereka menghalalkan segala ilmu yang diberi
- Mendoakan kesejahteraan mereka
- Meminta doa dari mereka
- Sentiasa menyayangi mereka (sekiranya guru kita itu sebaya dengan ibubapa kita, sayangilah mereka seperti ibubapa kita, sekiranya umur mereka sebaya dengan abang atau kakak kita, sayangilah mereka sepertimana kita menyayangi kakak dan abang kita sendiri).
- Tidak memutuskan perhubungan dengan guru-guru atau tidak melupakan mereka.
- Sentiasa jumpa mereka dan hubungi mereka bila mempunyai kelapangan waktu.
- Sentiasa berada disamping mereka ketika susah dan senang

4) Terhadap kawan-kawan
- Sentiasa mendoakan mereka agar sama-sama beroleh kejayaan didunia dan akhirat.
- Minta dia mendoakan kita juga
- Menjaga hati mereka
- Ikhlas berkawan dengan mereka bukan hanya berkawan kerana untuk mendapatkan sesuatu
- Sentiasa menolong mereka ketika susah mahupun senang
- Sayangi mereka seperti adik beradik kita

5) Terhadap masyarakat sekeliling
- Sentiasa mendoakan mereka apabila melihat mereka dalam kesesatan
- Sentiasa cuba membantu mereka
- Sentiasa berfikiran positif terhadap mereka. Sekiranya kita lihat orang yang berjaya, doakanlah mereka agar terus maju ke jalan yang betul dan sekiranya kita melihat orang yang berada dalam kesesatan, cuba la muhasabahkan diri kita, adakah kita berada pada jalan yang betul?Adakah setiap amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah? Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang baik? Wal Allah Hu Alam...

Sekian, Terima kasih...:-) :-) :-)

Sunday, November 1, 2009

Strategi Serta Petua Menghadapi Peperiksaan

TIPS SEJENAK BERSAMA DATO’ DR. HJ MOHD FADZILAH KAMSAH


1)Bagaimana mahu mendapat keberkatan ilmu?

•Memasang niat yang ikhlas
•Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu-bapa
•Mendoakan guru-guru dan pensyarah yang mengajarkan ilmu
•Memohon maaf serta pohon halalkan ilmu yang telah diajar oleh guru
•Meminta guru serta pensyarah juga mendoakan untuk diri kita
•Menjaga ibadah kita kepada Allah
•Memiliki hati yang terang serta bersih dengan sentiasa bertaubat,serta beristighfar
•Sentiasa dalam berkeadaan berwudu’
•Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
•Memakan makanan yang halal
•Pecahkan kitaran sengsara dalam hidup,ertinya menghentikan perbuatan tidak elok

2)Bagaimana melatih diri?

•Memprogram minda agar sentiasa positif dalam apa jua kerja kita
•Sentiasa buat latihan menjawab soalan dengan jawapan lengkap kemudian membuat rujukan dengan pensyarah atau guru
•Latih tubi jawab soalan dalam kumpulan
•Melatih diri menjawab soalan sepertimana dalam suasana peperiksaan
•Membuat dan merangka peta minda bagi subjek-subjek berkaitan
•Menjadikan sebuah“study room” bagi tujuan bilik gerakan peperiksaan
•Sentiasa mengingatkan diri dengan baki bilangan hari peperiksaan
•Meletakkan kata perangsang kejayaan pada sudut tempat belajar/gambar
•Kenalpasti rakan sebelah anda atau sekeliling di dewan peperiksaan agar tidak gemuruh

3)Malam sebelum hari peperiksaan

•Melakukan solat taubat,hajat,witir
•Sediakan semua bekalan untuk peperiksaan, baju, stokin, alat tulis, slip peperiksaan
•Amalkan meminum air masak
•Memiliki jam tangan(berjarum) agar mudah merangka masa menjawab soalan
•Jangan menonton televisyen sebelum tidur
•Tidur awal sebelum peperiksaan dan mengunci jam loceng agar tidak bangun lewat
•Berdoa kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif

4)Di pagi peperiksaan

•Bangun pagi dengan memotivasikan diri untuk berjaya
•Mandi dengan air panas agar badan segar( basuh hujung kaki dahulu kemudian barulah kebahagian atas)
•Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
•Sarapan pagi terlebih dahulu
•Minum air berglukosa pada waktu pagi
•Memakai wangian yang sederhana bau,minyak rambut dan sebagainya
•Bersalam dengan ibu-bapa sebelum pergi
•Keluar dengan langkah kaki kiri dahulu dengan membaca doa
•Pergi awal ke dewan peperiksaan

SEMOGA SEGALA ILMU YANG KITA ADA DAPAT DIAMALKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN INSYAALLAH...Kepada semua pelawat blog Khairi yang akan menduduki peperiksaan tidak kira samada hari ini, besok, luse, minggu depan, bulan depan ataupun tahun hadapan semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang anda duduki...Amin.

Saturday, October 24, 2009

Aku Adalah Seorang Anak Muda



Aku adalah seorang anak muda yang tinggal berjauhan dengan keluargaku. Aku adalah seorang anak muda yang merantau jauh untuk mendapatkan ilmu. Aku adalah seorang anak muda yang sedang melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang anak muda(remaja). Aku adalah seorang anak muda yang telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan sebagai seorang anak muda. Aku adalah seorang anak muda yang hidup seperti anak-anak muda yang lain, ada kalanya aku rasa gembira, ada kalanya aku rasa sedih, ada kalanya aku rasa sunyi dan ada kalanya juga aku merasakan aku tidak kenal siapakah diriku yang sebenarnya. Aku adalah seorang anak muda, sentiasa terdedah dengan persekitaran yang selalu mengubah pemikiranku, persekitaran yang membuatkan diriku terus melangkah kehadapan dan persekitaran jugalah yang memuhasabahkan diriku.


Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana mempunyai keluarga yang selalu menyokongku dari belakang dalam setiap perkara yang aku lakuakan dan tidak pernah menghalang perjalanan hidupku sebagai seorang anak muda. Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana mempunyai guru-guru yang tidak pernah putus-putus mendorongku, menasihatiku, memberi tunjuk ajar kepadaku untuk aku terus melangkah ke hadapan. Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana mempunyai kawan-kawan yang banyak memberikan kegembiraan kepadaku. Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana sentiasa disayangi oleh semua orang.


Aku adalah seorang anak muda yang berdarah muda pantang dicabar terus disahut. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa terdedah dengan perkara-perkara positif dan negatif. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa membuat keputusan mengikut emosi, tidak berfikir panjang dalam menilai sesuatu perkara. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa inginkan keseronokan dalam kehidupan, sentiasa membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, sentiasa melakuakan perkara yang tidak menyenangkan semua orang dengan sikap yang ditonjolkan, tidak suka dengan peraturan yang ditetapkan, selalu melanggar peraturan yang ditetapkan. Aku adalah seorang anak muda yang tidak menggunakan kelebihan yang ada padaku dengan sebaik mungkin, sebaliknya menggunakan kelebihan tersebut untuk menyusahkan semua orang.


Aku adalah seorang anak muda yang adakalanya merasa insaf dan sedar dengan kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakuakan. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa inginkan perubahan dalam kehidupanku dari buruk kepada baru, dari tidak elok kepada elok, dari tidak tahu kepada tahu, dari mundur kepada maju dan dari gelap kepada cerah. Aku adalah seorang anak muda yang sedang mencari sinar dalam kehidupanku, agar aku tidak lagi berada pada jalan yang salah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Aku adalah seorang anak muda yang sedang mencari pintu yang betul untuk aku masuki. Aku adalah seorang anak muda yang sedang mencari keberkatan dalam setiap perkara yang aku lakuakan. Aku jugalah seorang anak muda yang sedang mencari ketenangan dalam kehidupan.



Friday, October 16, 2009

Ketenangan



Video ini hanyalah untuk dikongsi bersama. Ketenangan boleh diperolehi dengan pelbagai cara, ada golongan yang beroleh ketenangan dalam hidup mereka melaui zikir dan ibadah, ada golongan yang beroleh ketengan melalui muzik, ada juga yang beroleh ketenangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti luar seperti beriadah dan bersukan. Selain itu ada golongan yang suka melawati tempat-tempat yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup mereka dan tidak ketinggalan juga ada golongan yang menyepikan dirinya semata-mata bagi mendapatkan ketenangan. Pelbagai cara yang dilakukan oleh setiap insan untuk memperolehi ketenangan dalam hidup mereka. Itu semua adalah bergantung pada setiap individu tersebut, bagaimanakah cara yang terbaik perlu dipilih dalam kehidupan mereka supaya ketenangan boleh diperolehi. Apakah cara yang kita lakukan dalam kehidupan kita untuk memperolehi ketenangan, adakah kita beroleh ketenagan dengan cara yang kita lakukan sekarang. Adakah ia berkesan untuk diri kita. Fikir-fikirkanlah...

Sunday, October 11, 2009

Keikhlasan...???

Assalamualaikum.....

Dalam menjalinkan hubungan silatulrahim sesama insan, salah satu perkara penting yang perlu diperbetulkan adalah niat. Sekiranya niat kita ikhlas untuk merapatkan hubungan silatulrahim insyaAllah segalanya berjalan dengan lancar. Keikhlasan akan membawa kepada kebahagian dalam setiap perhubungan sesama insan. Perhubungan sesama insan akan sentiasa berkekalan sekiranya dalam diri setiap individu sentiasa desemai dengan keikhlasan. Dalam hidup ini kita mempunyai ramai orang yang kita kenal secara langsung ataupun secara tidak langsung dari golongan semua peringkat umur. Ada insan yang kita kenal membuatkan kita gembira, ada juga insan yang kita kenal membuatkan kita sedih dan ada juga insan yang kita kenal membuatkan kita takut. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? kenapa tidak semua insan yang kita kenal membuatkan kita rasa gembira? kenapa ada juga insan yang kita kenal membuatkan kita rasa sedih dan takut? Mengapa perkara sebegini boleh terjadi? Adakah keiklasan yang dijadikan sebagai punca utama? Satu persoalan diajukan kepada anda semua adakah kita boleh tahu keikhlasan seseorang?

Friday, October 9, 2009

1 SYAWAL DAH BERLALU...

Assalamualaikum...

Masa selalu berjalan, bilakah masa akan berhenti? Adakah kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya? Apakah aktiviti yang kita lakukan dalam mengisi masa kita setiap hari? Adakah kita selalu dipintas oleh masa atau adakah kita selalu sentiasa berada di hadapan masa? Adakah peredaran masa membuatkan diri kita sedih? Adakah peredaran masa membuatkan diri kita kecewa? Adakah peredaran masa membuatkan diri kita gembira? Adakah peredaran masa membuatkan kita insaf? Pelbagai persoalan yang berlegar difikiran setiap insan bergelar manusia yang masih boleh bernafas...Marilah muhasabah diri kita dengan masa.....

Mohon Ampun dan Maaf untuk semua salah dan silap...

Mohon Ampun dan Maaf kerana lama menyepi...

Mohon Ampun dan Maaf kerana dah lama tidak update blog ini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelawat blog khairi mohon maaf zahir dan batin...



Friday, September 11, 2009

Keberkatan Seorang Guru

Kabus pagi masih lagi menyeliputi hampir ke setiap pandangan yang aku lemparkan.Sinar suria yang menyinar menjadi satu sinar yang membuat aku bersemangat untuk menjalankan segala rutin harianku hari ini.Sudah 10 tahun aku telah meninggalkan zaman persekolahan yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan.Terlalu banyak rencah hidup yang telah aku lalui dengan tabah dan penuh kesungguhan Kini dengan segala keberkatan yang aku perolehi daripada Penciptaku.ibu.ayah dan guruku,aku kini menjadi seorang pakar biologi di bahagian penyelidikan hidupan laut.

Pagi yang indah ini membuatkan aku tersenyum sendiri di sisi jendela.Suasana kampung yang telah lama aku tinggalkan,membikin aku berasa tenang.Hatiku setenang aliran sungai yang mengalir dihadapanku.Bukan senang untuk merasai ketenangan hidup sekarang ini,lebih-lebih lagi apabila aku kini tinggal di celahan hiruk-pikuk kota yang memeningkan kepala.Lamunanku terhenti seketika apabila kedengaran namaku dipanggil berulang kali.Aku mengamati betul-betul suara sebentar tadi.Maklumlah,aku mengelamun panjang tadi,desis hatiku.Rupa-rupanya,ibu yang memanggilku untuk bersarapan.Aku melangkah longlai ke dapur,walaupun.perutku tidak berasa lapar namun,haruman masakan ibuku benar-benar menggugat hatiku.Dari jauh lagi aku dapat menghidu aroma sambal tumis sotong dan nasi lemak kegemaranku.

Aku duduk di meja makan di bahagian kiri bersebelahan ibuku.Ayahku awal pagi lagi sudah ke bendang ,membanting tulang untuk menyara keluarga.Walaupun,aku dan adik beradikku sudah mampu untuk menanggung kehidupan ,namun,ayahku tidak dapat meninggalkan pekerjaan hariannya itu.Di sawah,ayah dapat bertemu dengan teman-teman,bercerita perihal isu semasa dan sebagainya.Mungkin itu yang dapat membuatkan ayah senang dengan pekerjaannya.Sambil kami makan,aku bertanya kepada ibu,”mak,hari ini mak tidak sihat ke?”Ibuku berkata,”sakit tekak je ni Wan”,jawab ibuku dengan suaranya yang serak-serak basah.”Abang tak balik ke mak?”,tanyaku lagi.
“entahlah Wan,abang kau tu asyik kerja je,tak tahu nak rehat.Akak kau pula belajar sahaja,kahwin pun dah lupa,nak jadi anak dara tua la tu.”jawab ibuku panjang.Nadanya seakan-akan kecewa.”Dah la tu mak,diorang tu menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya,tak perlu la mak risaukan sangat”jawabku lagi.

Selesai sahaja bersarapan,aku membantu ibuku mengemas pinggan yang telah digunakan untuk dibasuh.Sekali sekala membantu ibu ni bagus juga,”desis hatiku.Selepas selesai mengemas,Aku terus menuju ke hadapan halaman rumahku.Aku duduk di buaian ringkas ciptaan ayahku yang terletak berdekatan dengan taman mini buatan ibu..Hmm,ada baiknya juga ibuku menanam pokok di halaman rumah ni,barulah nyaman udara.”bermonolog aku sendiri lagi.Jadi,tidak hairanlah,penduduk dikampung ini,sihat-sihat semuanya.Buaian yang aku gunakan ini,masih lagi kukuh dan stabil.Walaupun,hanya menggunakan dua utas tali guni dan sekeping papan,namun,hingga kini,ia masih elok digunakan.Dan pokok yang menampung buaian ini juga masih tegap berdiri.

Ayunan buaian yang kurasakan ini,membuatkan fikiranku tertancap seketika kepada nostalgia pada zaman persekolahan.Semasa di sekolah dahulu,aku berpegang teguh kepada satu prinsip yang jitu,iaitu “keberkatan begitu penting dalam setiap apa yang kita lakukan.Walaupun kita belajar setinggi manapun.namun,jika tiada keberkatan,tiada gunanya.Aku teringat kepada kata-kata guruku semasa aku berada di tingkatan empat.Sudah enam tahun aku meninggalkan zaman tersebut.Guruku itu pernah berkata,”Belajarlah kamu sejauh dan setinggi mana,namun tanpa keberkatan,tiada gunanya.kamu akan menjadi orang yang rugi akhirnya”.Kata-kata guruku itu masih masih lagi kuat diingatanku.Jikalau tidak salah tafsiranku,guruku itu namanya Cikgu Ismail.Beliau merupakan guru matapelajaran sejarah.

Semasa di sekolah,aku merupakan antara pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar yang konsisten dan cemerlang dalam semua aspek, pelajaran dan sukan khususnya.Namun begitu,aku juga merupakan seorang pelajar yang nakal.Disebabkan kenakalanku itu,hanya ada sebilangan guru sahaja yang menyenangiku.Aku dan rakan baikku sering ponteng kelas.Kami hanya akan hadir pada kelas yang kami minat,Biologi khasnya.Selama aku belajar di sekolah, tidak pernah terdetik hati ini untuk menyukai matapelajaran Sejarah.Aku menafsirkan bahawa matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran yang amat-amat membosankan.Aku tertanya-tanya mengapa kita perlu belajar satu perkara yang sudah berlalu kejadiannya?Namun,hingga kini aku masih lagi gagal untuk menemui jawapannya.Namun begitu bukan aku sahaja yang tidak menyukai matapelajaran Sejarah,malah hampir setengah isi kelasku tidak menyukai matapelajaran tersebut.Oleh sebab itu,aku dan rakan-rakanku,Ng Wi Tet dan Chandran sering memonteng kelas sejarah.Apabila, tiba sahaja kelas yang membosankan itu,kami akan berlalu dari kelas dan melepak di bahagian belakang bangunan akademik sekolah.Kami berpendapat bahawa melepak begini lebih banyak kebaikannya daripada mendengar guruku berceloteh perihal sejarah yang bisa membuatkan pelajar terlena dibuai mimpi.
Aktiviti rutin yang kami sering lakukan ialah,kami akan menghabiskan masa disana dengan makan,tidur,dan berbual-bual kosong.

Cikgu Ismail sebenarnya mengetahui tentang kegiatan kami selama ini,namun,beliau lansung tidak mengambil tindakan kerana beliau begitu memahami perangai nakal kami selama ini.Pada suatu hari,terlintas di fikiran kami untuk melakukan satu “kerja bodoh” yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar sekolah seperti kami.Aku,Ng Wi Tet,dan Chandran telah bercadang untuk membocorkan salah satu tayar kereta yang berdekatan tempat kami melepak.Tiba-tiba sahaja,cadangan bodoh itu terlintas di fikiran kawanku,Chandran.Mulanya begini,”Eh,korang!,korang tidak rasa bosan ke jika selalu begini?.Apa kata kalau kita buat sesuatu yang “interesting”,kata Chandran sambil tersenyum sinis”.Aku dan Ng Wi Tet pun bagai lembu dicucuk hidung.Kami ikut sahaja cadangan yang dikemukakan oleh Chandran itu.

Namun,memang benar orang berkata,”malang itu tidak berbau”,disebabkan oleh “kerja bodoh” kami itu,berlaku satu kejadian yang tidak diingini iaitu KEMALANGAN!.Kami begitu terpana apabila berita tentang kemalangan itu sampai di pengetahuan kami dan kejadian tersebut melibatkan salah seorang guru yang mengajar di sekolah kami.Dan yang lebih memeranjatkan lagi,guruku itu adalah Cikgu Ismail.Belaiu gagal mengawal keretanya sewaktu memandu pulang kerumah.Hatiku bagai disentap,aku bagai tidak berpijak pada paksi bumi.Guruku mengalami kemalangan!Kami yang melakukannya!dan……guruku meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk!

Aku tidak dapat menerima kenyataan.Dan mula saat inilah,aku mula malas untuk belajar.Chandran sudah berpindah daripada sekolah kerana tidak tahan dengan kritikan dan cacian yang dilemparkan kepada kami. Aku dan Ng Wi Tet sahaja terpaksa menempuh segala rintangan dengan sabar.Tiba-tiba,sewaktu aku sedang duduk berseorangan di dalam kelas,Cikgu Norizah datang menghampiriku.Beliau menyerahkan sehelai kertas yang berlipat dua.Aku memandang beliau kehairanan.Cikgu Norizah hanya tersenyum dan memintaku membacanya sendiri.Aku tertanya-tanya dan sepantas kilat membaca surat misteri itu.Pantas berjujuran airmataku mengalir sejurus sahaja aku membaca surat tersebut.Aku tidak mampu untuk menghabiskan bacaanku.Beberapa potong ayat sahaja bisa membuatkan hatiku diruntun sayu.Surat misteri itu merupakan surat yang diwasiatkan kepadaku daripada Cikgu Ismail,guru Sejarahku!.Beliau sempat menulis surat tersebut beberapa hari sebelum beliau terlibat dengan kemalangan yang dasyat dan merentap terus nyawanya.Beliau menasihatiku tentang kepentingan ilmu.Kata beliau,”Ilmu merupakan penyuluh hidup pada masa hadapan,dan kata beliau lagi,semakin jauh perjalanan hidup kita,semakin gelap hala yang ditujui.Kita pasti memerlukan penyuluh untuk menerangi setiap perjalanan yang kita lalui.Ilmulah yang akan membantu kita semasa dalam kesusahan.Zaman metropolitan kini,semuanya berlandaskan ilmu.Orang yang tidak berilmu pasti akan disisihkan.Tambahan pula,dalam islam,banyak menekan tentang pentingnya menuntut ilmu.Dan yang lebih penting lagi,kita perlu mendapatkan segala keberkatan daripada setiap ilmu yang kita perolehi barulah ilmu itu dapat menjadi pelindung pada masa akan datang.Aku menyelak helaian demi helaian warkah tersebut sehinggalah ke helaian yang terakhir,aku terkedu dan rasa sayu menyelubungi diriku.Aku menatap tajam akan barisan ayat terakhir yang penuh keramat itu.Cikgu Ismail sempat mengatakan bahawa beliau memberkati segala ilmuku selama ini.Segala dosa atau kesalahan yang aku lakukan dimaafkan oleh beliau.Rasa bersalah membuku dihati ini.Aku nekad untuk belajar bersungguh-sungguh.Aku akan menunaikan wasiat guruku itu untuk melihat aku berjaya dengan cemerlangnya.Hari ini,keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan.Aku tenang sahaja.Aku serahkan segala-galanya pada takdir Allah.Alhamdulillah,”ujarku sejurus sahaja mendengar keputusan yang diumumkan sebentar tadiKejayaan rakan-rakanku juga menggembirakan hatiku.Aku hanya mampu berpelukan dengan ibu dan bapaku.Tangisan menyelebungi suasana.Aku berasa sangat gembira kerana berjaya memenuhi wasiat guruku.Kejayaan ini segala-galanya berpunca daripada keberkatan Maha Penciptaku,ibu dan bapaku dan tidak lupa daripada Guruku!Dan dengan berbekalkan segala keberkatan ini,aku kini sudah berjaya dalam kehidupan.Aku menjalani kehidupanku kini dengan berpegang teguh pada prinsip yang satu iaitu,”Keberkatan punca segala kejayaan”.Aku sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan aku menerima segala keberkatan dan aku akan berusaha untuk memperolehi kejayan di akhirat kelak.InsyaAllah.

From www.keepandshare.com

Saturday, September 5, 2009

Runtuhnya Akhlak

Sifat malu adalah akhlak yang terpuji dan salah satu tanda orang yang beriman. Dia antara sifat-sifat yang boleh menjadikan seseorang itu runtuh akhlaknya adalah:-

1. Lupa kepada Allah dan malas beribadat kepadaNya. Mereka ini tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah sama ada ketika senang atau susah.

2. Melalaikan solat. Sengaja melengah-lengahkan atau melambat-lambatkan solat sehingga habis waktunya. Mereka ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah swt di akhirat kelak. Perkara ini dijelaskan oleh Allah swt di dalam Surah Maryam : 5, Surah Al-Ma’un : 47 dan Surah Al-Munafiqun : 9.

3. Orang yang sihat tubuh badannya, mempunyai masa lapang dan tidak uzur syari’i, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah setelah mendengar seruan azan.

4. Meninggalkan solat Jumaat yang wajib secara sengaja adalah merupakan punca berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan orang-orang Islam.

5. Mengamalkan sifat riak dan sombong. Dalam Islam perbuatan riak tergolong syirik kecil. Ia merosakkan amal kebajikan, melentur kemuliaan akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah swt.

6. Hasad dengki merupakan satu wabak yang berbahaya. Sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan dan kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghancurkan kenikmatan itu akan menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan berprasangka buruk terhadap orang lain. Orang yang mempunyai sifat ini akan merasa serba kekurangan pada dirinya.

7. Dusta, mungkir janji dan memfitnah di kutuk oleh Allah swt dan akan menjauhkan manusia daripada Allah swt. Sifat-sifat ini boleh mempengaruhi minda ke arah kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah serta alam kebajikan. Kelemahan iman dan jiwa yang kotor akan membawa kepada perbuatan fitnah.

8. Mencaci, menyakiti dan mengejek orang lain boleh menjejaskan nama baik orang. Menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain dapat membentuk masyarakat penyayang dan berakhlak mulia. Dalam surah Al-Ahzab : 58 dan surah Al-Hujurat : 11 Allah swt dengan jelas telah melarang perbuatan mencaci dan menghina.

9. Mempersendakan kesucian agama. Perbuatan mempersenda dan mempermainkan agama adalah perbuatan yang terkutuk dan dibenci dalam Islam. Dalam surah Al-Maidah:57 Allah swt melarang kita mengangkat orang yang memperolok-olokkan dan mepermaikan agama sebagai pemimpin.

10. Mengambil dan menguasai harta orang lain dengan jalan aniaya iaitu jalan yang tidak diredhai agama adalah dosa besar dan munafik. Sabda Rasulullah; “Barangsiapa mengambil sejengkal tanah(bumi) dengan tanpa hak nescaya ditenggelamkan ia pada hari kiamat ke dalam tujuh lapis bumi.”

11. Bergaul dengan orang yang memperolokan Al-Quran. Allah swt telah melarangkan kita daripada bergaul dan mendekati orang kafir dan munafik yang sentiasa mempersendakan al-Quran sebagaimana firmannya di dalam surah An-Nisa’:140. Dikhuatiri boleh menjejaskan dan merosakkan aqidah serta akhlak kita.

12. Membuka dan menceritakan rahsia orang lain adalah salah satu bentuk akhlak yang buruk. Allah telah memberi ingatan dan amaran kepada orang yang suka mendedahkan keburukan orang lain, di dalam surah An-Nur:19, bahawa mereka akan diberi azab yang pedih di dunia dan akhirat.

13. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang serta bermuka-muka. Sikap sebegini adalah ciri orang munafik kerana mereka suka sengaja melambat-lambatkan amal makruf dan mempercepatkan nahi mungkar.

14. Memutuskan silatulrahim dan memecahbelahkan perpaduan kaum muslim. Sikap ini akan mengakibatkan putusnya hubungan kekeluargaan dan sahabat andai. Perbuatan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian sesama muslim akan menyebabkan kejatuhan dan kehancuran umat Islam sehingga mendatangkan bala bencana dan azab Allah swt.

Apabila mata hati seorang manusia telah gelap dan buta, maka segala sifat-sifat yang tersebut di atas akan menular dan menjadi sebati di dalam dirinya. Mengikut Imam Ibnu Athaillah al-Iskandari “Kesungguhan dan kerajinan untuk mendapat sesuatu yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, dan pada masa yang sama anda mengelak sesuatu yang menjadi kewajipan dan telah diamanahkan kepadamu, maka hal yang sedemikian itu adalah menunjukkan ke atas telah tertutup mata hati anda (yakni membuktikan mata hatimu telah menjadi buta).”


Rujukan:

1. Terjemahan Hadith Sahih Muslim. Al Imam Muslim

2. Bimbingan Menjadi Wali Allah. Abu Mazaya Al Hafiz

3. Akhlak Terpuji Kunci Ke Syurga. Dr. Akram Ridha, Terjemahan oleh Yahya Nuryadi

Friday, September 4, 2009

Pantun Baik Punya

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
> Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
> Berdiri tanpa roh malam & siang....

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Kerja dah best keluarga pun dah senang,
> Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
> Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.......

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
> Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
> Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Main bola aku sanggup sampai petang,
> Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
> Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
> Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
> Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Siksa neraka Cuba la aku bayang,
> Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
> Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
> Halang!!!

Friday, August 28, 2009

Wednesday, August 12, 2009

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka din yatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya... ..Wallahua' alam.

Thursday, July 9, 2009

Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Saturday, April 25, 2009

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

1)Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2)Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-->kita ingat 10 % apayang dibaca
-->kita ingat 20% apa yang didengar
-->kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-->kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-->kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3)Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4)Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5)Belajar dalam persekitaran kondusif.
-->pastikan cahaya adalah terang
-->kurangkan gangguan bunyi
-->tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-->tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-->kerusi dan meja menghadap kiblat
-->jangan lupa untuk senyum
6)Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7)Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8)Tahu teknik merangsang memori:

-->memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-->menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-->mengingat kembali (recall)
-->menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9)Sentiasa awal dan mendahului:
-->persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-->pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-->belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-->untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10)Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11)Mempunyai teknik membaca yang betul:

-->duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-->memberikan tumpuan sepanuhnya
-->menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-->menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12)Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13)Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14)Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15)Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16)Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17)Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18)Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19)Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20)Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21)Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22)Tahu petua mengulang kaji

-->cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-->siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
-->duduk tegak dikerusi yang selesa
-->baca doa penerang hati
-->baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-->fikir dan ingat kembali isi utama
-->catat/lakar
-->semak semula ketepatan maklumat
-->ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-->buat rumusan
-->jawab soalan
-->tampal maklumat yang rumit di dinding
-->baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23)Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24)Tahu petua-petua agar tidak lupa:

-->jangan makan kepala ikan
-->jangan makan organ dalaman
-->jangan minum semasa makan
-->jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-->jangan melihat kemaluan
-->jangan melihat buih
-->jangan membaca nama pada batu nisan
-->banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-->banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-->banyakkan makan kekacang
-->pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-->jangan makan sehingga terlalu kenyang
-->jangan kencing berdiri
25)Tahu kemahiran mengingat:
-->tampal nota-nota penting di dinding
-->tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-->gunakan kaedah akronim
-->reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-->pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26)Cekap mengatur jadual belajar:
-->mempunyai jadual belajar
-->patuh kepada jadual
-->buat jadual yang boleh diikuti
27)Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28)Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29)Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30)Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31)Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32)Pelbagaikan tempat belajar.
33)Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34)Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35)Ciri-ciri pelajar cemerlang:

-->taat kepada Allah
-->mendirikan sembahyang
-->menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-->hormati & sayangi guru
-->bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-->suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-->membantu rakan yang memerlukan
-->berdoa dan bersyukur kepada Allah
-->sentiasa bertawakal
-->mahir dalam setiap mata pelajaran

Friday, March 27, 2009

If We Hold On Together

Don't lose your way
With each passing day
You've come so far
Don't throw it away
Live believing
Dreams are for weaving
Wonders are waiting to start
Live your story
Faith, hope & glory
Hold to the truth in your heart

If we hold on together
I know our dreams will never die
Dreams see us through to forever
Where clouds roll by
For you and I

Souls in the wind
Must learn how to bend
Seek out a star
Hold on to the end
Valley, mountain
There is a fountain
Washes our tears all away
Words are swaying
Someone is praying
Please let us come home to stay

If we hold on together
I know our dreams will never die
Dreams see us through to forever
Where clouds roll by
For you and I

When we are out there in the dark
We'll dream about the sun
In the dark we'll feel the light
Warm our hearts, everyone

If we hold on together
I know our dreams will never die
Dreams see us through to forever
As high as souls can fly
The clouds roll by
For you and I

Saturday, March 7, 2009

Ayat - Ayat Nikah

Maha Benar Allah yang telah berfirman :
"Kami akan perlihatkan tanda-tanda kebesaran kami di ufuk-ufuk dan dalam diri mereka, sehingga mereka dapat mengetahui dengan jelas bahawa Allah itu benar dan Maha Melihat segala sesuatu".
"Janganlah kalian mendekati zina, karena zina adalah perbuatan yang buruk lagi kotor" (Qs. Al Israa' : 32).


Dari Al Quran dan Al Hadits :
"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. JIKA MEREKA MISKIN ALLAH AKAN MENGKAYAKAN MEREKA DENGAN KARUNIANYA. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui." (QS. An Nuur (24) : 32).

"Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (QS. Adz Dzariyaat (51) : 49)


¨Maha Suci Allah yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui¨ (Qs. Yaa Siin (36) : 36).

Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (isteri-isteri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari isteri-isteri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik (Qs. An Nahl (16) : 72).

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Qs. Ar. Ruum (30) : 21).

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi pelindung (penolong) bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Qs. At Taubah (9) : 71).

Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Ia jadikan daripadanya jodohnya, kemudian Dia kembangkan menjadi laki-laki dan perempuan yang banyak sekali. (Qs. An Nisaa (4) : 1).

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang melimpah (yaitu : Surga) (Qs. An Nuur (24) : 26).

..Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja..(Qs. An Nisaa' (4) : 3).

Dan tidaklah patut bagi lelaki-lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berbuat kesesatan yang nyata. (Qs. Al Ahzaab (33) : 36).

Anjuran-anjuran Rasulullah untuk Menikah :
Rasulullah SAW bersabda: "Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan golonganku !"(HR. Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.).

Empat macam diantara sunnah-sunnah para Rasul yaitu : berkasih sayang, memakai wangian, bersiwak dan menikah (HR. Tirmidzi).

Dari Aisyah, "Nikahilah olehmu kaum wanita itu, maka sesungguhnya mereka akan mendatangkan harta (rezeki) bagi kamu¨ (HR. Hakim dan Abu Dawud).
Jika ada manusia belum hidup bersama pasangannya, bererti hidupnya akan tempang dan tidak berjalan sesuai dengan ketetapan Allah SWT dan orang yang menikah berarti melengkapi agamanya, sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa diberi Allah seorang isteri yang solehah, sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya. Dan hendaklah bertaqwa kepada Allah separuh lainnya." (HR. Baihaqi).

Dari Amr Ibnu As, Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.(HR. Muslim, Ibnu Majah dan An Nasai).

"Tiga golongan yang berhak ditolong oleh Allah (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim) : a. Orang yang berjihad / berperang di jalan Allah. b. Budak yang menebus dirinya dari tuannya. c. Pemuda / i yang menikah karena mau menjauhkan dirinya dari yang haram."
"Wahai generasi muda ! Bila diantaramu sudah mampu menikah hendaklah ia nikah, kerana mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara." (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud).

Kawinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak (HR. Abu Dawud).

Saling menikahlah kamu, saling membuat keturunanlah kamu, dan perbanyaklah (keturunan). Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya jumlahmu di tengah umat yang lain (HR. Abdurrazak dan Baihaqi).

Solat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan) (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah).

Rasulullah SAW. bersabda : "Seburuk-buruk kalian, adalah yang tidak menikah, dan sehina-hina mayat kalian, adalah yang tidak menikah" (HR. Bukhari).

Diantara kamu semua yang paling buruk adalah yang hidup membujang, dan kematian kamu semua yang paling hina adalah kematian orang yang memilih hidup membujang (HR. Abu Ya¡¦la dan Thabrani).

Dari Anas, Rasulullah SAW. pernah bersabda : Barang siapa mau bertemu dengan Allah dalam keadaan bersih lagi suci, maka kawinkanlah dengan perempuan terhormat. (HR. Ibnu Majah,dhaif).

Rasulullah SAW bersabda : Kawinkanlah orang-orang yang masih sendirian diantaramu. Sesungguhnya, Allah akan memperbaiki akhlak, meluaskan rezeki, dan menambah keluhuran mereka (Al Hadits).

Sunday, March 1, 2009

The Power of Positive Thinking

Key Point
"You are what you think. You feel what you want"

Why Think Positively?


All of our feelings, beliefs and knowledge are based on our internal thoughts, both conscious and subconscious. We are in control, whether we know it or not. We can be positive or negative, enthusiastic or dull, active or passive.
The biggest difference between people is their attitudes. For some, learning is enjoyable and exciting. For others, learning is a drudgery. For many, learning is just okay, something required on the road to a job.

"Most folks are about as happy as they
make up their minds to be."

Abraham Lincoln

Our present attitudes are habits, built from the feedback of parents, friends, society and self, that form our self-image and our world-image.
These attitudes are maintained by the inner conversations we constantly have with ourselves, both consciously and subconsciously.
The first step in changing our attitudes is to change our inner conversations.

What Should We Be Saying?
One approach is called the three C's: Commitment, Control and Challenge.

Commitment
Make a positive commitment to yourself, to learning, work, family, friends, nature, and other worthwhile causes. Praise yourself and others. Dream of success. Be enthusiastic.

Control
Keep your mind focused on important things. Set goals and priorities for what you think and do. Visualize to practice your actions. Develop a strategy for dealing with problems. Learn to relax. Enjoy successes. Be honest with yourself.

Challenge
Be courageous. Change and improve each day. Do your best and don't look back. See learning and change as opportunities. Try new things. Consider several options. Meet new people. Ask lots of questions. Keep track of your mental and physical health. Be optimistic.

Studies show that people with these characteristics are winners in good times and survivors in hard times.

Research shows that,
"... people who begin consciously to modify their inner conversations and assumptions report an almost immediate improvement in their performance. Their energy increases and things seem to go better ..."
Commitment, control and challenge help build self-esteem and promote positive thinking. Here are some other suggestions.

7 Suggestions for Building Positive Attitudes
• In every class, look for positive people to associate with.
• In every lecture, look for one more interesting idea.
• In every chapter, find one more concept important to you.
• With every friend, explain a new idea you've just learned.
• With every teacher, ask a question.
• With yourself, keep a list of your goals, positive thoughts and actions.
• Remember, you are what you think, you feel what you want.

Copyright 1991 Donald Martin, How to be a Successful Student

Tuesday, February 17, 2009

Cara Mengatasi Sifat Malas Dalam Diri

1)Amalkan doa mengelak diri dari malas
2)Ingat sasaran dan matlamat diri anda
3)Teknik 10 Minit Aje
4)Banyak membaca bahan motivasi
5)Susun dan mudahkan jadual anda
6)Rehat dan tidur yang cukup
7)Bersenam dan beriadah
8)Berkawan dengan orang yang positif
9)Amalkan teknik pernafasan
10)Suarakan moto anda

dipetik dari http://bijakstudy.wordpress.com

Sunday, February 15, 2009

Khas Untuk Panduan Orang Muslim



"HARAM SEKIRANYA ANDA MENYAMBUT VALENTINE'S DAY ATAU DIERTIKAN HARI MEMPERINGATI KEKASIH PADA 14 FEBRUARI SETIAP TAHUN"

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE

1)Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.


Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.


Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.


Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.


2) Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


i) Versi pertama.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.


Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


3) Pendapat ketiga.

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Monday, February 9, 2009

Michael Heart - We Will Not Go Down

Song For GAZA

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether theyre dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on whos wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Sunday, February 8, 2009

Permandangan 3D

Friday, January 30, 2009

Kelebihan Seorang Guru dan Pendidik

Zaid bin Aslam telah melaporkan daripada bapanya dan daripada beberapa sahabat Rasulullah SAW, katanya:
Golongan hamba Allah yang paling dicintai oleh Allah selepas para Nabi dan para Syuhada ialah para guru, dan tiada suatu tempat di dunia ini yang paling dicintai oleh Allah selepas masjid yang di dalamnya dibacakan Al-Quran.

Daripada Ibrahim An-Nakhie, katanya:
Guru yang mengajar kanak-kanak dimohon keampunan oleh para malaikat di langit, haiwan di bumi, burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut.

Dan dikatakan bahawa jika seseorang kanak-kanak diajarkan Al-Quran dan belajar membaca Bismillahir Rahmanir Rahim, Allah akan mengampunkan tiga orang iaitu bapanya, ibunya dan gurunya.

Abu Said Al-Khudri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan Al-Quran kepada anak lelaki atau anak perempuannya, setiap dirham yang diberikan kepada gurunya itu diumpamakan seberat bukit Uhud.

Apabila seorang kanak-kanak keluar dari rumahnya untuk belajar Al-Quran, maka bertambahlah kebaikan dalam rumah ibubapanya itu dan berkuranglah keburukan dalamnya serta syaitan akan lari dari rumahnya.

Hasan Al-Basri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran, maka Allah akan memakaikan kepadanya pada hari Kiamat kelak dengan tiga jenis pakaian dari syurga yang lebih baik dari dunia dan segala isinya di mana manusia lain (pada ketika itu) berada dalam keadaan telanjang serta Allah akan menambahkan kedudukannya bagi setiap huruf Al-Quran yang diajarkannya.

Abu Abdul Rahman As-Sulami telah melaporkan daripada Uthman bin Affan RA, katanya: bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata:
Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Berkata Abu Badul Rahman: Dengan sebab hadis ini aku duduk dalam majlis ini bagi mengajar orang lain. Beliau juga menjadi guru kepada Hasan dan Husin (cucu Nabi SAW, semoga mereka dirahmati Allah).

Ad-Dahak telah melaporkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW bahawasanya baginda telah berkata semasa Haji Wida’:
Ya Allah, ampunilah para guru dan panjangkanlah umur mereka dan berkatilah usaha dan kehidupan mereka.

Anas bin Malik telah melaporkan dalam hadis yang lain bahawasanya Nabi SAW telah berkata:
Ya Allah, berilah kekayaan kepada para ulama dan fakirkanlah para guru.

Al-Faqih berkata: Yang dimaksudkan dengan kata baginda “fakirkanlah para guru” ialah janganlah engkau perbanyakkan harta mereka kerana dengan sebab banyaknya harta, mereka akan meninggalkan tugas mengajar mereka.

Tuesday, January 27, 2009

Boikot Barangan

Kami sahut cabaran untuk boikot segala barangan ini dan kami tidak akan menggunakan barangan ini lagi!!!!!

Saturday, January 10, 2009

Perwatakan Fizikal & Personaliti

PART 1


PART 2



PART 3

Tuesday, January 6, 2009

Guru Cemerlang Lahirkan Anak Didik Gemilang

GOLONGAN ilmuan adalah salah satu aset yang sangat berharga kepada negara. Peranan mereka menjadi tanggungjawab yang sangat penting, bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat negara kita, untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing.

Mendidik manusia yang berilmu bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ia memerlukan usaha yang berterusan. Oleh itu sewajarnyalah guru diberi penghormatan yang tinggi, sebagaimana firman Allah SWT:

Bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan (Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadah, ayat 11)

Guru hendaklah mendidik murid mereka dengan penuh semangat dan kesungguhan, di samping mengemaskinikan teknik pengajaran dan cara penyampaian ilmu yang berkesan, semoga dengan itu apa yang diajarkan, akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari murid, dengan itu, mereka mudah memahami dan menerima segala pelajaran yang mereka pelajari.

Guru hendaklah berusaha menyesuaikan dirinya dengan semua pelajar di sekolahnya, supaya dengan itu segala ajarannya akan memberi kesan kepada semua murid-murid, Imam Ghazali di dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’ menyatakan, bahawa sifat guru itu menjadi berkesan dalam jiwa murid melalui tiga peringkat :

1. Ilmu pengetahuan (pengetahuan seseorang mengenai sesuatu konsep).
Penerangan yang mendalam terhadap konsep itu.

2. Perubahan yang timbul hasil dari ilmu yang diperolehi.

3. Guru yang cemerlang akan melahirkan anak didik yang gemilang, ianya terbukti sebagaimana Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang pendidik yang cemerlang sehingga lahirlah di zamannya sahabat-sahabat yang hebat seperti Khulafa’ Ar-Rasyidin, Abdul Rahman bin A’uf, Abu Hurairah, Saad bin Abi Waqas dan sebagainya.

Golongan guru atau ilmuan juga pernah disebut oleh Rasulullah SAW seumpama bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan di lautan, ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang bermaksud :

“Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini adalah seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk bagi menerangi kegelapan samada di darat atau di lautan. Apabila ia terbenam atau hilang, dikhuatiri akan hilang arah petunjuk.”

Pembentukan adab dan budi pekerti juga perlu menjadi tunggak kepada setiap pendidik, bagi memastikan budaya hormat-menghormati, kasih-mengasihi sesama manusia dan segala sifat yang terpuji diamalkan oleh generasi muda masa kini dan di masa-masa yang akan datang. Ibnu Khaldun sangat menekankan soal adab dan dalam mendidik peribadi manusia, sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud :

“Muliakanlah anak-anak kamu dan perelokkanlah budi pekerti mereka.”

Bagi mengangkat martabat pendidikan, kita hendaklah menghormati guru dan meletakkan mereka setaraf dengan para ilmuan serta ahli profesional yang lain, sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Untuk itu, hak pendidik dan para ilmuan perlu diingati, Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan, bahawa hak orang alim ada 7 :

1. Jangan banyak bertanya dan bertanya bila dia bersedia untuk menjawab.
2. Jangan halang jika dia hendak berdiri.
3. Jangan buka rahsia di hadapannya.
4. Jangan mengumpat orang di hadapannya.
5. Hormatlah dia kerana Allah.
6. Jangan duduk membelakanginya.
7. Jika ada keperluan lain, utamakanlah keperluannya.

Adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga kemuliaan dan mengangkat martabat guru, sejajar dengan apa yang telah disebut oleh Islam :

Memberi layanan yang baik dan beradab terhadap guru.

Mengenang jasa mereka yang mendidik anak-anak kita.

Menyebarkan sejarah kecemerlangan ulama’-ulama’ dan ilmuan dalam peradaban Islam.

Menerbitkan buku dan risalah yang membicarakan ketokohan guru dan kemuliaannya.

Sentiasa mendoakan guru dan bekas-bekas guru, agar di tempatkan bersama para Solehin.

Jesteru itu, marilah kita bersatu hati bersama para guru, menggembeling tenaga, bagi menyemai benih keimanan dan ketaqwaan, agar terbentuk sebuah negara maju dan cemerlang, kerana negara akan maju jika rakyatnya berpengetahuan dan berkemahiran, negara akan aman, jika rakyatnya beriman serta mengamalkan ajaran Islam. Negara akan hancur sekiranya rakyat berpecah-belah dan negara akan mundur sekiranya rakyat malas dan lemah.

Monday, January 5, 2009

Antara kata-kata tokoh guru cemerlang (Datuk Muhamad Mustaffa, 62, Datuk Abdul Majid Omar, 66 dan Gerald Lee Leong Ai, 60)

• ‘‘Guru ialah pekerjaan yang menuntut setiap mereka yang bergelar guru berjihad demi memastikan mereka yang dididik menjadi orang terpelajar,”
• ‘‘saya beri semangat, motivasi, kesedaran dan bimbingan kepada guru-guru dan memperkenalkan moto ‘Sekolah Itu Mulia' dan ‘Guru Berkhidmat Di Institusi Mulia',”
• semasa di sekolah itu, saya memperkenalkan moto ‘Sekolah Berdisiplin, Berkualiti dan Berdedikasi'
• ‘‘sebagai pendidik yang sering menjadi rujukan pelajar, guru juga perlu peka dengan perubahan terutama dalam dunia pendidikan,”
• sifat komited, memahami tugas yang diamanahkan serta seronok bekerja menjadikan saya tabah menghadapi segala amanah dan cabaran sepanjang kerjaya sebagai pendidik