Saturday, October 24, 2009

Aku Adalah Seorang Anak Muda



Aku adalah seorang anak muda yang tinggal berjauhan dengan keluargaku. Aku adalah seorang anak muda yang merantau jauh untuk mendapatkan ilmu. Aku adalah seorang anak muda yang sedang melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang anak muda(remaja). Aku adalah seorang anak muda yang telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan sebagai seorang anak muda. Aku adalah seorang anak muda yang hidup seperti anak-anak muda yang lain, ada kalanya aku rasa gembira, ada kalanya aku rasa sedih, ada kalanya aku rasa sunyi dan ada kalanya juga aku merasakan aku tidak kenal siapakah diriku yang sebenarnya. Aku adalah seorang anak muda, sentiasa terdedah dengan persekitaran yang selalu mengubah pemikiranku, persekitaran yang membuatkan diriku terus melangkah kehadapan dan persekitaran jugalah yang memuhasabahkan diriku.


Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana mempunyai keluarga yang selalu menyokongku dari belakang dalam setiap perkara yang aku lakuakan dan tidak pernah menghalang perjalanan hidupku sebagai seorang anak muda. Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana mempunyai guru-guru yang tidak pernah putus-putus mendorongku, menasihatiku, memberi tunjuk ajar kepadaku untuk aku terus melangkah ke hadapan. Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana mempunyai kawan-kawan yang banyak memberikan kegembiraan kepadaku. Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana sentiasa disayangi oleh semua orang.


Aku adalah seorang anak muda yang berdarah muda pantang dicabar terus disahut. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa terdedah dengan perkara-perkara positif dan negatif. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa membuat keputusan mengikut emosi, tidak berfikir panjang dalam menilai sesuatu perkara. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa inginkan keseronokan dalam kehidupan, sentiasa membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, sentiasa melakuakan perkara yang tidak menyenangkan semua orang dengan sikap yang ditonjolkan, tidak suka dengan peraturan yang ditetapkan, selalu melanggar peraturan yang ditetapkan. Aku adalah seorang anak muda yang tidak menggunakan kelebihan yang ada padaku dengan sebaik mungkin, sebaliknya menggunakan kelebihan tersebut untuk menyusahkan semua orang.


Aku adalah seorang anak muda yang adakalanya merasa insaf dan sedar dengan kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakuakan. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa inginkan perubahan dalam kehidupanku dari buruk kepada baru, dari tidak elok kepada elok, dari tidak tahu kepada tahu, dari mundur kepada maju dan dari gelap kepada cerah. Aku adalah seorang anak muda yang sedang mencari sinar dalam kehidupanku, agar aku tidak lagi berada pada jalan yang salah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Aku adalah seorang anak muda yang sedang mencari pintu yang betul untuk aku masuki. Aku adalah seorang anak muda yang sedang mencari keberkatan dalam setiap perkara yang aku lakuakan. Aku jugalah seorang anak muda yang sedang mencari ketenangan dalam kehidupan.



7 comments:

Long-K said...

cerita psl "aku adlh seorg anak muda" ni kan....
bg sy, seorg ank muda juga memerlukan kepercayaan dr org tuanya...
perasaan seorg anak muda akan jd teruk apabila kepercayaan dihambat oleh perasaan ragu2

Mr. A.K.A said...

Ia berkisarkan tentang perjalanan hidup sebagai seorang anak muda pada masa sekarang. Pengalaman yang telah dilalui sebagai seorang anak muda dan diceritakannya semula secara ringkas. Kepercayaan oleh org tua sangat penting dalam diri setiap manusia sebagai seorang anak, tidak kira masih kanak-kanak, remaja ataupun dewasa kerana dengan adanya kepercayaan yang diberikan atau ditunjukkan kepada anak2, mereka akan rasa lebih yakin dalam melakukan sesuatu perkara. Keyakinan itu datang apabila kita percaya pada diri kita sendiri dan untuk membolehkan kita yakin pada diri sendiri, kita memerlukan sokongan dan kepercayaan dari orang yang berada di sekeliling kita terutama ibubapa, keluarga, guru2 serta sahabat.

Anonymous said...

aku adalah pemudi yang mengalami liku-liku yang sama..huhu

Long-K said...

anonymous,
kita sma2 merasainya...
cuma mungkin dlm situasi yg berbeza..
apabila hilang kepercayaan akan membuat seorang anak muda makin jauh dr keluarganya...
ditambah ag, apabila keluarga seakan menganggap ini hanya satu perkara biasa...

p/s: dats y early childhood educatiOn important either 4 children or parents...

Anonymous said...

btl3 along..hidup remaja ni penuh ngn cabaran..silap langkah terjebak ke arah yg xbaik..terutama remaja yg blaja jauh dr family..yep.diakui faktor family memainkan peranan tp bila duk jauh ni..mcm2 dugaan mendatang..faktor kwn pula mendomisi kita time ni..
p/s:harap2 la iman ini masih teguh walau apa jua keadaan yg mendatang...insyaallah..

Mr. A.K.A said...

kasih sayang dari keluarga sangat penting terutama ibubapa...kebanyakkan pelajar2 yang bermasalah kalu kita selidik latar belakang diaorg mesti ada something wrong dgn keadaan keluarga...ini bukan saja pelajar sekolah..remaja yang lepasan sekolah pun turut sama memberontak sekiranya kurang kasih sayang dalam diri mereka...

Anonymous said...

kasih sayang mmg amat penting dlm smua..tanpa kasih syg tiada ertinya hidup ini..cinta itu luas..cinta kpd Pencipta,sesama makhluk dan sekeliling..tp harus diingat cinta manusia xkekal..yg penting skali jaga hubungan ngn Allah..kalu kita jaga hbngn ngn Allah,surely Allah akan jaga hbgn kita sesama manusia..
so cara didikan amat penting..xblh terlalu dimanjakan @ terlalu tegas..smua msti in balance..