Friday, October 16, 2009

Ketenangan



Video ini hanyalah untuk dikongsi bersama. Ketenangan boleh diperolehi dengan pelbagai cara, ada golongan yang beroleh ketenangan dalam hidup mereka melaui zikir dan ibadah, ada golongan yang beroleh ketengan melalui muzik, ada juga yang beroleh ketenangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti luar seperti beriadah dan bersukan. Selain itu ada golongan yang suka melawati tempat-tempat yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup mereka dan tidak ketinggalan juga ada golongan yang menyepikan dirinya semata-mata bagi mendapatkan ketenangan. Pelbagai cara yang dilakukan oleh setiap insan untuk memperolehi ketenangan dalam hidup mereka. Itu semua adalah bergantung pada setiap individu tersebut, bagaimanakah cara yang terbaik perlu dipilih dalam kehidupan mereka supaya ketenangan boleh diperolehi. Apakah cara yang kita lakukan dalam kehidupan kita untuk memperolehi ketenangan, adakah kita beroleh ketenagan dengan cara yang kita lakukan sekarang. Adakah ia berkesan untuk diri kita. Fikir-fikirkanlah...

1 comment:

Long-K said...

byk cara untuk mencari ketenangan namun ketenangan susah nk dikekalkan...kdg2 arini kte merasakn ketenangan namun esok..segalanya jd kelam kabut