Sunday, October 11, 2009

Keikhlasan...???

Assalamualaikum.....

Dalam menjalinkan hubungan silatulrahim sesama insan, salah satu perkara penting yang perlu diperbetulkan adalah niat. Sekiranya niat kita ikhlas untuk merapatkan hubungan silatulrahim insyaAllah segalanya berjalan dengan lancar. Keikhlasan akan membawa kepada kebahagian dalam setiap perhubungan sesama insan. Perhubungan sesama insan akan sentiasa berkekalan sekiranya dalam diri setiap individu sentiasa desemai dengan keikhlasan. Dalam hidup ini kita mempunyai ramai orang yang kita kenal secara langsung ataupun secara tidak langsung dari golongan semua peringkat umur. Ada insan yang kita kenal membuatkan kita gembira, ada juga insan yang kita kenal membuatkan kita sedih dan ada juga insan yang kita kenal membuatkan kita takut. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? kenapa tidak semua insan yang kita kenal membuatkan kita rasa gembira? kenapa ada juga insan yang kita kenal membuatkan kita rasa sedih dan takut? Mengapa perkara sebegini boleh terjadi? Adakah keiklasan yang dijadikan sebagai punca utama? Satu persoalan diajukan kepada anda semua adakah kita boleh tahu keikhlasan seseorang?

2 comments:

Unknown said...

kata bijak pandai arab...
keikhlasan itu umpama seekor semut hitam..
yang berjalan di atas batu yang hitam..
di malam yang gelap pekat..
tidak nampak di mata kasar..
sebaliknya hanya tercetus di dalam hati nurani seseorang individu..
terpulang kepada individu itu untuk melaksanakan keikhlasannya..

Long-K said...

so fandy,
we hav 2 pure our heart 1st
b4 said dats we r "ikhlas'...