Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan merupakan satu proses pengajaran yang menghasilkan satu proses pembelajaran yang berkesan dimana ianya dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar (Professor Madya Dr Salihan Siais, 2001 ). Dengan kata yang lebih mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, kefahaman dan lebih menghayati apa yang disampaikan serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalan. Berikutan dengan itu, pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan. Kaedah pendidikan pada masa kini seharusnya lebih memberikan penekanan terhadap budaya berfikir dimana para pelajar didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu menjana mereka ke arah pemikiran secara kritis dan kreatif. Ini bermakna guru harus mahir dalam menggunakan pelbagai teknik dalam merekabentuk kaedah pengajarannya agar maklum balas daripada pelajar melalui proses interaksi mampu menjana pemikiran para pelajar ini (Zaini, I., 2001).
PENGAJARAN (Penyampaian) YANG BERKESAN
Menurut Dr. Zolazlan Hamidin, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, menyatakan pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar. Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar. Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada:
• Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran
• Keperluan bahan pengajaran
• Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
• Kemahiran berkomunikasi.
Wednesday, July 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mohon share tuan
Post a Comment