Friday, July 25, 2008

Persembahan ( Presentation )

Dalam tajuk ini menerangkan kaedah penyampaian ceramah mengikut teknik-teknik yang betul dari segi ciri-ciri kawalan suara, pergerakan badan, tabiat buruk, renungan mata dan cara berdiri.

Semua orang mampu untuk menyampaikan ceramah dengan berkesan dan penuh yakin apabila kita mengikut teknik-teknik yang betul. Dalam sesi ceramah biasanya penekanan lebih kepada penyampaian penerangan dan juga melakukan demo.

Ucapan penceramah merupakan bahagian terpenting bagi semua kaedah penyampaian, kejayaan seorang penceramah bergantung kepada keupayaannya untuk menyampaikan maklumat terus kepada pendengar, dalam penyampaian ceramah yang berkesan elemen-elemen berikut perlu diberi perhatian.


1) CIRI-CIRI ASAS SUARA

a) Nada - jika terlalu tinggi dan rendah akan menyebabkan suara pecah dan ini boleh menyebabkan penceramah penat dan akan mengganggu pendengar

b) Kekuatan suara - kekuatan suara sebaiknya disesuaikan dengan saiz keluasan bilik serta bilangan pendengar dan tahap gangguan luaran.

c) Kadar - kelajuan bercakap dalam perkataan/minit, biasanya dalam kadar 125 perkataan seminit, bercakap dengan kadar perlahan yang sesuai agar sesuatu yang disampaikan dapat diterima dengan jelas dan difahami oleh pendengar, jangan bercakap terlalu pantas atau lambat kerana ia boleh membuat peendengar tertidur atau tidar sabar menunggu.

d) Pengubahan nada suara - sebaik mungkin penceramah harus menukar serta mempelbagaikan nada dan kekuatan suara untuk menjadikan pertuturan lebih berkesan. Nada tinggi digunakan ketika menyoal, ketidakpastian dan juga untuk meningkatkan minat atau menyatakan harapan, nada rendah digunakan apabila untuk menyatakan pendapat dan kepastian serta memberi teguran. Naik turun nada suara digunakan untuk menyampaikan perasaan yang berbeza-beza. Penggunaan nada dengan sempurna dapat melegakan penceramah dan pendengar.


2) PERGERAKAN

Pergerakan badan dan tangan adalah bertujuan untuk menjelaskan sesuatu perkara itu dengan tepat antaranya ;

a) Menunjukan perasaan dan emosi
b) Menunjukan sesuatu tindakan
c) Memberi peneraangan
d) Menunjukan bentuk dan rupa
e) Menunujukan pergerakan yang dapat dilihat
f) Menjelaskan masa yang disesuaikan dengan perkataan


3) TABIAT BURUK

Penyampaian sesuatu ceramah sedikit sebanyak akan terganggu akibat tabiat buruk yang datang dari diri penceramah itu sendiri tanpa disedari,sebolehnya elakan pergerakan badan atau tabiat buruk yang boleh mengganggu penyampaian ceramah. Contohnya;

i) Bermain dengan barangan, cermin mata, duit syiling, anak kunci dan lain-lain.
ii) Memicit hidung
iii) Melegakan kerongkong
iv) Mengemaskan pakaian
v) Menggaru kepala
v) Menggunakan perkataan yang berulang-ulang seperti ok..setuju dan lain-lain.


4) MUTU PENYAMPAIAN

Mutu penyampaian ceramah yang berkesan bergantung kepada bebolehan penceramah dalam penggunaan bahasa, cara berdiri yang pelbagai, renungan mata, gaya persembahan dan penampilan diri. Ciri-ciri penyampaian bermutu antaranya ialah:-

i) Nyatakan dan sebut sesuatu perkataan dengan betul dan jelas.
ii) Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh pendengar.
iii) Jelaskan maksud istilah-istilah teknikal.
iv) Pelbagaikan penggunaan ayat dan perkataan dan nahu yang betul.
v) Elakkan penggunaan perkataan yang kurang sopan.
vi) Elakkan penggunaan perkataan yang tiada maksud.


5) CARA BERDIRI

Gaya berdiri seseorang penceramah juga tidak kurang pentingnya dalam penyampaian ceramah, kedudukan yang statik boleh membuatkan pendengar bosan dan hilang tumpuan, oleh itu untuk manarik minat dan memberi keyakinan diri penceramah digalakkan:-

i) Mempelbagaikan pergerakkan
ii) Jangan bersandar pada dinding dan sebagainya semasa meyampaikan ceramah
iii) Berdiri tegak dengan sempurna
iv) Tukar cara berdiri setiap 5-10 minit
v) Kepala memandang kehadapan


6) RENUNGAN MATA

Renungan mata seseorang penceramah akan dapat membantu komunikasi dengan lebih berkesan, dengan itu semasa menyampaikan ceramah mata mestilah:-

i) Melihat sepenuhnya kepada semua pendengar
ii) Menggunakan renungan mata untuk membuatkan pendengar merasa anda bercakap dengannya.
iii) Memberikan pandangan disetiap sudut bilik
iv) Lihat pada mata pendengar
v) Alihkan pandangan secara perlahan-lahan
vi) Elakkan pertembungan mata yang terlalu lama


7) PENAMPILAN DIRI

Selain seseorang penceramah mampu menyampaikan ceramahnya dengan berkesan, penampilan diri juga tidak kurang pentingnya dalam penyampaian cermah, oleh itu seseorang penceramah mestilah berpakaian yang kemas, bersih dan sesuai dengan situasi persekitaran tempat latihan.

No comments: