Monday, July 14, 2008

Teknik-teknik Penyampain ilmu Yang Berkesan

Ciri-ciri kaedah penyampaian yang berkesan beberapa faktor perlu diambil kira. Secara ilmiah dan ringkas dengan menggunakan faktor 7K.


1) KEPERCAYAAN
Sekiranya penuntut menaruh kepercayaan kepada kita maka barulah penuntut akan memberi tumpuan. Apabila tumpuan diberi, ini akan memudahkan dan melancarkan penyampaian.

2) KONTEKS
Percakapan harus diambil kira. Semestinya penyampaian kita dalam konteks peranan penuntut dalam memperoleh ilmu.

3) KANDUNGAN
Kandungan yang disampaikan pula haruslah memberi makna kepada penuntut. Ini akan dapat memastikan penuntut memberi tumpuan ketika belajar.

4) KEJELASAN
Penerangan dan penyampaian sesutu ilmu kepada penuntut perlulah jelas. Sekiranya terdapat bahan-bahan yang boleh dikaitkan dalam penyampaian Sesutu ilmu boleh disertakan. Penggunaan bahasa memainkan peranan yang penting dalam penyampaian yang jelas.

5) KAEDAH
Kebiasaanya kaedah yang digunakan dalam penyampaian pada msa kini ialah Power Point, OHP, CD. Dengan bantuan alat-alat ini maka ia dapat membantu penuntut supaya mereka lebih memberi tumpuan ketika sesi penyampaian atau pembelajaran berlangsung. Selain dari alat-alat tersebut penyampai (guru ) mungkin boleh menggunakan bahan edaran. Contonya adalah “pamplet”.

6) KESINAMBUNGAN
Kesinambungan perlu diambil kira. Contonya adalah dari segi susunan ayat yang kemas dan baik, ia dapat mengelakan kekeliruan dan pengulangan bahan penyampaian berlaku dalam jangka masa yang difikirkan sesuai.

7) KEUPAYAAN PENDENGAR/PENUNTUT
Memperhati dan membuat kajian tentang kematangan fikiran mereka (penuntut). Selepas itu boleh disesuaikan dengan kaedah penyampaian secara lisan atau secara praktis.

No comments: