Monday, July 14, 2008

Teknik Berkomunikasi

Di dalam setiap perhubungan, ada apa yang di sebut sebagai ‘kuasa’. Dari segi teorinya, di dalam perkahwinan, pihak suami mempunyai lebih banyak kuasa berbanding dengan isteri. Tetapi, dari segi praktiknya, keadaan ini mungkin terbalik, di mana isteri pula yang mempunyai lebih banyak kuasa daripada suaminya. Permainan kuasa boleh di lihat dalm pertengkaran antara suami isteri. Sesiapa yang berkuasa memaksa pihak yang satu lagi supaya diam dan mengalah maka dia lah yang lebih berkuasa.

Wanita mempunyai banyak cara untuk menguasai lelaki, dan ini tergambar di dalam keupayaan wanita memaksa suami supaya mengalah kepada mereka apabila bertengkar. Di antara cara-cara yang di gunakan itu, banyak daripadanya adalah membahayakan kepentingan sendiri. Namun cara-cara yang berbahaya itu sangat popular di gunakan.

Cara-cara itu adalah berbahaya kerana ia boleh menyebabkan suami menjadi sakit hati, marah, bosan dan benci kepada isteri. Jadi walaupun cara-cara itu memang boleh membawa kemenangan kepada isteri, tetapi kemenangan itu adalah pada jangka masa yang pendek sahaja. Pada jangka masa yang panjang ia merugikan pihak isteri.

Lelaki mempunyai tenaga fizikal yang lebih kuat daripada wanita. Oleh yang demikian, mereka boleh menggunakan tekanan tenaga fizikal, seperti menampar, memukul, untuk mengawal tingkah laku wanita, terutamanya untuk memaksa isteri supaya berhenti bercakap apabila bertengkar.

Ramai wanita yang seolah-olah ‘lemah’ tetapi mereka berjaya mengawal tingkah laku suami mereka. Di kalangan banyak pasangan, si suami mempunyai banyak wang , lebih tinggi kelulusannya, lebih berstatus dan lebih pintar daripada si isteri. Tetapi isteri-isteri mereka berjaya membuat si suami selalu mengalah kepada mereka. Ini kerana, tanpa menggunakan tekanan fizikal, wanita masih mempunyai banyak cara-cara lain ujntuk menguasai suami mereka. Cara-Cara itu ialah:


1. Tekanan Emosi.

Teknik mengenakan tekanan emosi popular dilakukan apabila iklim komunikasi antara suami dan isteri sudah sangat negatif. Dengan mengenakan tekanan emosi, isteri-isteri boleh memaksa supaya suami mereka diam dan dan mengalah kepadanya. Antara tekniknya ialah dengan menuduh, mencaci dan memaki hamun si suami.

“Awak tak bertanggung jawab!”
“Awak memang dah bosan dengan saya!”
Awak tak peduli pada anak-anak!”
“Awak pentingkan kerja awak saja!”
“ Suami tak guna!”
“ Jantan tak sedar diri, dah tua, masih nak menggatal!”
“Awak dengan bapa awak sama saja!”
“Binatang! Lelaki tak guna, anjing!”
“Dayus!”

2. Tekanan fizikal

Tekanan yang kedua ialah tekanan fizikal seperti memukul, membaling
benda kepadanya, menampar dan lain-lain. Tekanan ini banyak
dilakukan oleh lelaki, tetapi ada juga isteri-isteri yang menggunakan jenis
ini. Ada yang memukul suami dengan benda-benda seperti buluh, kayu
batang penyapuh, membaling suami dengan benda-benda seperti buku,
beg suami, kasut si suami dan yg lebih popular ialah pinggan dan
mangkuk. Ini sering kita dengar dan bermacam-macam lagi barang yang
mudah mereka capai dalam rumah. Ramai wanita pandai main sandiwara
awam. Apabila di depan orang, mereka pandai berlakon seolah-olah
mereka itu sangat manis budi bahasanya, sangat lemah lembut, sangat
sopan dan mengalah. Tetapi, apabila di rumah, peribadi mereka yang
sebenar sangat berbedza. Jadi, orang-orang lain memang tidak percaya
bahawa mereka itu isteri yang kasar, biadap dan derhaka kepada suami.

3. Menuduh

Teknik ketiga untuk menang ialah dengan menuduh. Banyak lelaki akan
diam apabila apabila dirinya di di tuduh. Walau pun hati mereka sangat
sakit, tetapi mereka diam saja. Alasan utama mereka diam ialah untuk
mengelakkan tercetusnya konflik yg lebih buiruk.

“ Mentang-mentang saya dah tua, awak sengaja nak cari yang muda.”
“ Saya tahu saya bodoh, tak setaraf dengan awak, itu sebab awak malu
nak bawa saya ke majlis.”

“ Awak memang dah bosan dengan saya, sebab itulah awak cari alasan
nak kahwin lain”

4. Mengugut

Teknik ini di gunakan oleh Lelaki dan wanita, Cuma yang berbedza ialah jenis- jenis ugutran yang di gunakan.

Sebagai contoh:

Untuk memberi suami mereka malu, wanita suka meninggikan suara apabila bertengkar dengan tujuan supaya anak-anak atau jiran tetangga akan mendengar, dan suami mera akan malu. Hasilnya suami mereka akan diam dan mengalah demi mengelakkan anak-anak dan jiran tetangga tahu mereka sedang bertengkar. Lelaki pula suka menggunakan “ takut” sebagai ugutan. Sebagai contoh mereka memberitahu jikalau isteri mereka tidak mahu diam, mereka akan keluar rumah atau lain-lain, iaitu perkara-perkarta yang ditakuti oleh isteri.


Pakar-pakar saikologi tak berapa yakin berpendapat ;

A. Kawal tingkah laku sendiri

Cuba kawal perasaan marah yang kita alami akibat mendengar kata-kata isteri yang menyakitkan hati. Kalau kita tidak dapat membuat isteri kita mengawal marahnya, kita kawal marah kita sendiri. Apabila kita mendengar kata-katanya yang menyakitkan hati, jangan peduli dan jangan dengar kata-katanya yang menyakitkan hati, jangan peduli dan jangan layan kata-katanya itu. Kalau di layan, dia akan jadi lebih marah lagi kerana tujuannya ialah dia mahu menang dengan cara memaksa kita mengalah.

B. Jauhkan diri

Kalau hati kita sangat sakit dan isteri kita sangat marah, jauhkan diri kita daripadanya. Pergilah keluar rumah, barangkali selama setengah jam. Atau beberapa jam. Kalau hati kita sangat sakit, tambahkan masa itu. Tapi jangan keluar begitu saja. Perbuatan itu akan membuatkan dia lebih marah lagi. Sebelum keluar, katakan kepadanya bahawa kita pergi kerana hendak mengawal perasaan kita sendiri.




C. Mengalah sedikit

Kita boleh mengalah, tetapi mengalah sedikt sahaja. Kalau kita mengalah semua, ia boleh menimbulkan kesan negatif kepada dia dan kepada diri kita sendiri. Kalau dia selalu menang semua, nanti lain kali tabiat buruknya akan bertambah buruk. Dia bertambah yakin bahawa dengan cara marah-marah, dia dapat meengalahkan kita. Bagi diri kita sendiri, kalau kita selalu mengalah semua ego kita akan tercabar.

D. Jangan layan

Apabila dia berlakon dengan berpura-pura pitam, hilang akal, di rasuk hantu atau sesak nafas, jangan di layan. Emosi marah tidak boleh menyebabkan gangguan mental dan fizikal jenis itu!( hanya lemah jantung dan darah tinggi, itu tidak dapat di kawal. Apabila tidak di layan, dia akan sembuh sendiri. Kalau di layan, lain kali sandiwara dan lakonannya akan di ulang dengan lebih hebat lagi.

Ciri-ciri komunikasi harmoni dalam keluarga
1) Membentuk dan menjaga hubungan yang mesra dalam keluarga
2) Mengetahui dan menggunakan cara-cara beragam untuk berhubungan dengan pasangan
3) Merasakan perasaan, fikiran, motivasi, tingkah laku dan gaya hidup pasangan
4) Berpartisipasi dalam kegiatan kolaboratif dan sedia menerima bermacam masalah yang perlu dilaksanakan dalam berumah tangga
5) Mempengaruhi pendapat dan perbuatan pasangan
6) Memahami dan berkomunikasi secara efektif, baik dengan cara verbal mahupun non-verbal
7) Menyesuaikan diri terhadap lingkungan dan kumpulan yang berbeza di sekitar pasangan

No comments: