1) Penyampai Yang Bermasalah
• Syok sendiri
• Penyajak kabur
• Nenek berleter
• Ucapan kelambu
• Wayang kulit
• Kera luku
2) Penyampai (Pengucap) Yang Berkesan
• Mahir menyampaikan maklumat dengan jelas.
• Mampu mempengaruhi orang lain.
• Tahu “menghibur” audiens.
3) Kaedah Penyampaian
• Impromptu
• Membaca
• Hafalan
• Extemporaneous (cukup persediaan)
4) Penyampaian Yang Dinamik
• Ia menarik perhatian audiens.
• Audiens suka mendengar penceramah yang bertenaga, cergas, menarik, bersemangat, dan memberangsangkan.
• Perlu minat kepada topik dan audiens untuk bersifat dinamik.
• Tenaga keresahan (kegugupan) boleh membantu Pengucap untuk lebih dinamik.
• Penggunaan bahasa badan diperlukan untuk jadi dinamik.
5) Dua jenis audiens
• Audiens budaya konteks rendah: Mereka yang bergantung kepada mesej verbal. Misalnya, orang perempuan, orang Eropah.
• Audiens budaya konteks tinggi: Mereka yang bergantung kepada kedua-dua mesej verbal dan bukan verbal. Misalnya, orang lelaki, orang Asia.
6) Teknik Penyampaian Secara Lisan
• Menyesuaikan percakapan mengikut gaya, bahasa atau dialek audiens yang menunjukkan semangat persaudaraan.
• Penggunaan kata-kata yang lebih positif atau negatif. Misalnya, kamu, awak, engkau, anda.
• Menyatakan sesuatu yang tidak disukai dengan cara terselindung.
• Menggunakan kata-kata yang enak didengar untuk menggantikan perkataan yang boleh melukakan perasaan orang.
7) Mengapa Teknik Penyampaian Bukan Lisan Sangat Penting?
• Ia mengkomunikasikan emosi dan sikap penyampaian
• Audiens percaya apa yang mereka lihat
8) Pengawalan suara (VOKAL)
• Kelantangan – Lebih lantang lebih menarik perhatian audiens.
• Nada - tinggi untuk penekanan idea, rendah untuk merayu.
• Jeda - Berhenti sekejap di hujung ayat selepasan penekanan. Tujuannya untuk beri audiens berfikir. Jangan terlalu lama. Jangan berhenti di tengah ayat.
• Pengulangan - penting untuk penekanan idea. Tidak semua perkara/ayat boleh diulang.
• Kadar percakapan harus sama seperti audiens.
• Sebutan tepat - tidak mengelirukan audiens.
• Jangan guna sebutan daerah kecuali untuk berjenaka atau di tempat setempat.
• Elakkan embolalia - Jangan sebut ahhh, mmmm, apa ni, what they call etc.
• Jangan guna perkataan yang tidak membawa apa-apa makna eg. maka, arakian, jadi, so , then, dll.
9) Pengunaan Mikrofon Dengan Betul
• Jarak mulut dengan mikrofon
• Laraskan volume yang sesuai
• Jenis-jenis mikrofon
• Kedudukan mikrofon
• Jangan tanggalkan mikrofon daripada kakinya.
10) Teknik-teknik Bahasa Badan (Bukan Lisan) Yang Berkesan
• Bersahaja (natural) dan jangan keterlaluan
• Memadai dan konsisten dengan mesej
• Pelbagaikan
• Bertepatan dengan mesej
• Bersesuaian dengan audiens dan situasi
11) Pergerakan Penyampai
• Jangan terlalu banyak bergerak (berjalan-jalan) hingga menggangu tumpuan audiens.
• Elakkan halangan fizikal seperti kerusi, meja projektor dan sebagainya.
• Jangan terlalu dekat dengan audiens.
12) Postur Penyampai
• Jangan bergayut pada rostrum
• Jangan duduk ketika berucap kecuali dalam ucapan tidak formal.
• Dada ke depan.
• Jangan tunduk
13) Pergerakan Kepala dan Mimik Muka
• Anggukan bermakna setuju
• Menggeleng kepala bermakna tidak bersetuju atau tidak percaya
• Suka, duka, sedih, benci, geram, marah sesuai semasa bercerita dan merayu
14) Mata dan Bahu
• Mata terbeliak, mengecil dan memejam perlu dibuat kerana ia membawa erti.
• Mengangkat bahu ertinya tak tahu.
15) Tangan dan jari
• Untuk menunjuk arah atau waktu, menerima atau menolak, memecah atau membahagi.
• Tangan terbuka ertinya submissive
• Tangan tertutup ertinya dominan
• Tangan di muka, dagu, kepala dll
• Jari telunjuk - agresif
• Genggam tangan - bersemangat
16) Rupa diri dan Pakaian
• Pakailah apa yang audiens pakai.
• Warna gelap adalah formal, Cerah adalah kurang formal.
• Acara rasmi guna tiga warna (maksima).
• Jangan menjolok mata dan mesti sesuai dengan acara yang dihadiri.
• Selesa, kemas dan bersih
17) Peraturan Teknik Penyampaian
• Gunakan gaya sendiri
• Berkeyakinan
• Jangan gopoh
• Kontak mata
• Jangan mula ucapan dengan merujuk nota
• Bercakap dengan audiens bukan kepada audiens
• Rujuk nota bila perlu sahaja
• Kawal suara
• Berdiri tegak
• Gunakan komunikasi bukan verbal yang sesuai atau positif
• Tunjukkan kita gemar berucap
• Sembunyikan kesilapan
• Beredar dengan yakin bukan sombong atau ego.
• Gunakan alat bantu visual bila perlu
18) Penggunaan alat bantu visual
• Audiens lebih percaya kepada apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
• Visual mudah dan cepat difahami.
• Apa jua yang ditayang atau dipamer mestilah besar dan ringkas.
19) Garis panduan Menyediakan Alat Bantuan Visual
• Mudah dilihat
• Ringkas
• Bersedia menghadapi masalah teknikal
• Jangan gunakan bahan yang berbahaya dan salah dari segi undang-undang
20) Elakkan daripada mengganggu perhatian peserta
• Jangan edarkan bahan atau item semasa. Pamerkan bila perlu sahaja.
• Bercakap dengan audiens bukan dengan alat bantuan visual
• Jangan jadikan audiens sebagai bahan bantu visual.
21) Kesimpulan
Teknik pengucapan awam yang berkesan adalah perlu untuk menarik minat audiens dalam usaha memberi maklumat, menghibur dan mempengaruhi audiens.
Monday, July 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment