Monday, July 14, 2008

Komunikasi di Tempat Kerja

PENGENALAN

Orang yang bijak hati disebut berpengertian, dan berbicara manis lebih dapat meyakinkan. Hati orang bijak menjadikan mulutnya berakal budi, dan menjadikan bibirnya lebih dapat meyakinkan. Komunikasi dengan baik antara kawan sekerja adalah suatu hal yang amat penting, walaupun sebagian kelompok orang masih beranggapan hal tersebut sebagai pemborosan waktu sehingga banyak kali pembicaraan tidak diatur lagi tanpa dipikir asal bicara dan mengakibatkan luka dihati orang disekelilingnya kerana pembicaraannya bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan atau mengkritik yang akibatnya seringkali orang yang diajak berbicara kehilangan minat, dan gairah untuk berkomunikasi. Hidup dan mati dikuasai lidah, siapa suka menggemakannya, akan memakan buahnya.


Komunikasi

“ Proses dimana orang saling bertukar maklumat melalui suatu sistem simbol, isyarat atau tangkah laku yang sama-sama mereka fahami” (Kamus Webster)

Maklumbalas

Maklumbalas ialah untuk mendapatkan jawapan dalam bentuk maklumat daripada orang yang telah kita hantarkan mamklumat kepadanya terlebih dahulu. Contohnya seseorang yang mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan




Tindakbalas

Merupakan tindakan atau perbuatan yang dilakukan oleh seseorang setelah menerimamaklumat dari penerima. Contohnya seseorang yang menerima arahan untuk melakukansesuatu pekerjaan. Untuk mencapai objektif dalam organisasi semua individu perlu memainkan peranan masing-masing serta bertindak dengan cekap dalam mentafsirkan maklumat yang diterima dengan tepat supaya sesuatu tindakan kerja dapat dilakukan dengan cepat dan mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Contohnya operator pengeluaran dari masa kesemasa menerima arahan dari ketua kumpulan atau penyelia untuk mengendalikan kerja-kerja mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan antaranya ialah jumlah target yang mesti dicapai, peratus kecacatan yang yang rendah, waktu kerja, waktu rehat dan sebagainya, selepas menarima arahan tersebut operator dikehendaki melaksanakan kerja tersebut,adakalanya sebahagian dari hasil kerja tidak mencapai target yang diharapkan,kebiasaanya ketua kumpulan atau penyelia akan meluahkan rasa tidak puas hati nya.

Ciri-ciri situasi maklum balas dan tindakbalas

Oleh itu bagi mencapai matlamat kerja yang diharapkan, seharusnya kita perlu mengambil kira situasi semasa dalam menyampaikan maklumat yang memerlukan maklumbalas serta tindakbalas yang cepat dan tepat, antara ciri-ciri situasi yang perlu diambil kira ialah:-

(a) Pastikan suasana persekitaran yang sesuai
(b) Nyatakan tujuan dengan jelas
(c) Nyatakan apa yang diharapkan
(d) Gunakan kaedah komunikasi yang sesuai
(e) Fahami masalah yang timbul
(f) Beri peluang untuk memberikan pandangan
(g) Berbincang dalam suasana mesra

Kegagalan memberi tindakbalas yang cepat dan tepat boleh mendatangkan kerugian pada sesebuah organisasi, oleh itu menjadi tanggungjawab ketua organisasi untuk membuat prosedur tatacara dalam mendapatkan maklumbalas dan tindakbalas. Memberikan latihan kepada kakitangan merupakan satu kaedah dalam mengatasi kelemahan pekerja dalam memberikan tindakbalas segera dan berkesan. Jenis-jenis latihan yang sesuai untuk diberikan kepada pekerja supaya mampu untuk
memberikan tindakbalas yang positif ialah:-

a) Teknik Komunikasi berkesan - pendedahan cara berkomunikasi yang betul daripada penghantar kepada penerima maklumat:-

(i) Etika kerja yang baik
(ii) Kerja berpasukan
(iii) Tanggungjawab social

b) Teknik Komunikasi berkesan
c) Etika kerja yang baik – mengamalkan etika kerja yang baik antaranya menepati waktu, berkerja dalam suasana muhibah, berfikiran positif, rajin, jujur, ikhlas dan amanah
d) Kerja berpasukan – membuat keputusan kerja dengan mengambil kira pendapat dan pandangan rakan sekerja
e) Tanggungjawab sosial – memberi tanggungjawab dan pendedahan dalam melakukan kerja-kerja sosia dan berpesatuan


KESIMPULAN

Kesimpulannya setiap pekerja bertanggungjawab kepada organisasinya dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan memainkan peranan masing-masing. Antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan maklumbalas dan tindakbalas
yang cepat dan tepat.Kegagalan bertindakbalas akan merugikan organisasi dalam
merebut pelbagai peluang, walaubagaimana pun sesuatu tindakbalas perlu dilakukan
dengan mengambil kira situasi, sesuatu tindakan yang diambil perlu mengambil kira
pelbagai perkara kerana tindakbalas yang dilakukan tanpa mengambil kira situasi akan
membuatkan sesuatu objektif tidak dicapai sepenuhnya.

No comments: