Wednesday, July 30, 2008

Antara tiga perkara penting dalam kehidupan seseorang

ILMU PENGETAHUAN
Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma ataupun ijazah, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan tekanan dan kelamahan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.

KEMAHIRAN
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.

SIKAP
Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.

MUSE-Unintended versi piano

Kad Raya

Keterampilan Individu Menjadi Modal Yang Sangat Beharga

Ditengah-tengah situasi yang belum memungkinkan berkembangnya sektor awam, sebagai akibat masih tingginya ketidak pastian disegala aspek kehidupan, keterampilan individu memiliki nilai yang tinggi dan menjadi modal yang sangat berharga. Dengan keterampilan yang telah dikuasai dengan baik, akan mampu membuka lapangan kerja, tanpa harus menunggu tersedianya lapangan kerja pada sektor awan. Justeru itu setiap individu haruslah menyiapkan diri masing-masing dengan keterampilan yang baik. Contoh di bawah adalah ciri-ciri keterampilan seorang pemimpin.

KETERAMPILAN MEMIMPIN

Sifat-sifat yang perlu ada oleh seorang pemimipin

• Kemampuan membangkitkan semangat
• Kecekapan memahami individu
• Kemampuan melakukan tindakan

Sifat-sifat pemimipin ideal

• Memiliki Kepercayaan Diri
• Memiliki Kemampuan Berbicara
• Memiliki Ambisi
• Memiliki Motivasi Berprestasi
• Memiliki Inisatif
• Memiliki Kecerdasan Tinggi
 Menurut perspektif barat

i. Memiliki Konsep
ii. Kemampuan Manajerial
iii. Kemampuan Mempengaruhi dan Membujuk
iv. Memiliki Visi yang Jelas
v. Memiliki Sikap Optimis
vi. Memiliki Kemampuan Approach

 Menurut perspektif Islam

i. Harus mampu memimpin dan mengendalikan diri
ii. sebelum memimpin orang lain
iii. Memiliki kemampuan manajerial
iv. Memiliki Konsep Relasi
v. Visinya – Al-Qur’an
vi. Memiliki sikap tawadhu
vii. Memiliki sifat :
a) Siddiq [ benar ]
b) Amanah [ terpercaya ]
c) Tabligh [ menyampaikan apa adanya ]
d) Fathonah [ pandai ]

Ciri-ciri keterampilan seseorang pemimpin

1. Pemimpin berkarisma

House [1977], menjelaskan bahwa pemimipin yang berkarisma dengan mendefinisikan tiga cirri-ciri peribadi, iaitu: kepercayaan diri yang tinggi, kekuasaan, dan berkeyakinan teguh. Conger dan Kanungo [1988], mengemukakan bahwa pemimpin berkarisma mempunyai tujuan ideal yang ingin dicapai, memiliki komitmen peribadi yang kuat pada tujuan, tegas dan percaya pada diri sendiri, serta sebagai agen perubahan radikal. Secara terperinci dapat dijelaskan bahawa, seorang pemimpin yang berkarisma memiliki cirri-ciri seperti berikut berikut:

1) Percaya pada diri sendiri, iaitu meraka benar-benar percaya akan kemampuan diri mereka sendiri.
2) Memiliki suatu misi yang merupakan tujuan ideal yang mengajukan suatu masa depan yang lebih baik daripada status quo. Justeru itu kemungkinan besar para pengikut akan menyokong apa saja yang dirancang oleh pemimipin.
3) Memiliki kemampuan untuk mengungkap visi dengan jelas, iaitu
mampu memperjelas dan menyatakan visi dalam kata-kata yang dapat difahami orang lain.
4] Memiliki keyakinan kuat mengenai visi, iaitu pemimpin berkarisma mestilah mempunyai komitmen yang kuat dan bersedia menanggung resiko yang tinggi, mengeluarkan modal yang tinggi dan berkorban untuk mencapai visi negara.
5) Mempunyai tikah laku yang baik, iaitu mereka mestilah mempunyai tingkah laku yang terbaik supaya pengikutnya dapat mencontohinya.
7) Peka terhadap lingkungannya, iaitu pemimpin berkarisma mampu
membuat penilaian yang realistis terhadap kawasan atau negara pimpinannya dan berusaha sekuat mungkin untuk memajukan kawasan pimpinannya.

2. Pemimpin Rasional

Bagi seorang pemimpin yang rasional, mestilah mampu
melakukan perancangan intelektual untuk pengikutnya supaya mereka mampu
menggunakan cara baru dalam menghadapi masalah-masalah pentadbiran.
Oleh itu, ciri-ciri kepemimpinan rasional dinyatakan melalui empat
faktor tingkahlakunya, iaitu: menjadikan inspirasi kepada semua orang, bertolak ansur, selalu merancang serta berfikiran terbuka. Secara terperinci dapatlah dijelaskan bahawa seorang pemimpin rasional memiliki ciri-ciri seperti berikut :

1) Memberi visi, misi, menanamkan rasa bangga, menunjukkan rasa hormat dan memberi kepercayaan kepada pengikutnya atau anggotanya.
2) Berfikiran terbuak, iaitu menghargai kecerdasan, rasional dan
berhati-hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
3) Bertolak ansur dengan semua orang, iaitu memberikan perhatian secara peribadi, melakukan kebajikan secara peribadi, melatih, memberi bimbingan secara peribadi.

Kereta Audi

Kasut Bola