
Aku adalah seorang anak muda yang tinggal berjauhan dengan keluargaku. Aku adalah seorang anak muda yang merantau jauh untuk mendapatkan ilmu. Aku adalah seorang anak muda yang sedang melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang anak muda(remaja). Aku adalah seorang anak muda yang telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan sebagai seorang anak muda. Aku adalah seorang anak muda yang hidup seperti anak-anak muda yang lain, ada kalanya aku rasa gembira, ada kalanya aku rasa sedih, ada kalanya aku rasa sunyi dan ada kalanya juga aku merasakan aku tidak kenal siapakah diriku yang sebenarnya. Aku adalah seorang anak muda, sentiasa terdedah dengan persekitaran yang selalu mengubah pemikiranku, persekitaran yang membuatkan diriku terus melangkah kehadapan dan persekitaran jugalah yang memuhasabahkan diriku.
Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana mempunyai keluarga yang selalu menyokongku dari belakang dalam setiap perkara yang aku lakuakan dan tidak pernah menghalang perjalanan hidupku sebagai seorang anak muda. Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana mempunyai guru-guru yang tidak pernah putus-putus mendorongku, menasihatiku, memberi tunjuk ajar kepadaku untuk aku terus melangkah ke hadapan. Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana mempunyai kawan-kawan yang banyak memberikan kegembiraan kepadaku. Aku adalah seorang anak muda yang beruntung kerana sentiasa disayangi oleh semua orang.
Aku adalah seorang anak muda yang berdarah muda pantang dicabar terus disahut. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa terdedah dengan perkara-perkara positif dan negatif. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa membuat keputusan mengikut emosi, tidak berfikir panjang dalam menilai sesuatu perkara. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa inginkan keseronokan dalam kehidupan, sentiasa membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, sentiasa melakuakan perkara yang tidak menyenangkan semua orang dengan sikap yang ditonjolkan, tidak suka dengan peraturan yang ditetapkan, selalu melanggar peraturan yang ditetapkan. Aku adalah seorang anak muda yang tidak menggunakan kelebihan yang ada padaku dengan sebaik mungkin, sebaliknya menggunakan kelebihan tersebut untuk menyusahkan semua orang.
Aku adalah seorang anak muda yang adakalanya merasa insaf dan sedar dengan kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakuakan. Aku adalah seorang anak muda yang sentiasa inginkan perubahan dalam kehidupanku dari buruk kepada baru, dari tidak elok kepada elok, dari tidak tahu kepada tahu, dari mundur kepada maju dan dari gelap kepada cerah. Aku adalah seorang anak muda yang sedang mencari sinar dalam kehidupanku, agar aku tidak lagi berada pada jalan yang salah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Aku adalah seorang anak muda yang sedang mencari pintu yang betul untuk aku masuki. Aku adalah seorang anak muda yang sedang mencari keberkatan dalam setiap perkara yang aku lakuakan. Aku jugalah seorang anak muda yang sedang mencari ketenangan dalam kehidupan.
