Saturday, August 9, 2008

Peranan guru

Guru sebagai perancang pengajaran

 Guru seharusnya menyedari semua pelajarnya mampu belajar. Dengan ini, guru akan memberi peluang yang mencukupi untuk pelajar menguasai sesuatu hasil pembelajaran.
 Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Peranan ini boleh disesuaikan mengikut strategi yang digunakan oleh guru. Jika guru memilih mengajar secara kelas misalnya, guru akan lebih berperanan sebagai pemimpin dan pengajar, manakala jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau pelajar memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat maka peranan guru pula lebih kepada sebagai seorang fasilitator.
 Guru merancang dan mengenal pasti hasil pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai.
 Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran, contohnya daripada yang mudah kepada yang sukar dan memastikan perkara asas diajar di peringkat awal.
 Guru memilih, mengubahsuai dan merancang pelbagai strategi, kaedah, aktiviti dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar menguasai hasil pembelajaran.

Guru sebagai pengurus pembelajaran

 Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari.
 Guru memotivasikan pelajar untuk mempelajarinya.
 Guru membekalkan pelajar dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
 Guru melaksanakan pengajaran dan pemelajaran mengikut kadar yang sesuai untuk setiap pelajar.
 Guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian pelajar.
 Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu.
 Guru memberi pujian dan galakan kepada pelajar yang memperoleh peningkatan dalam pembelajaran.
 Guru menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan semangat pelajar untuk belajar pada jangka masa yang panjang.
 Guru mempelbagaikan penggunaan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik termasuk penggunaan multi media, lembaran kerja, buku teks, majalah, akhbar dan modul pembelajaran kendiri.

Guru sebagai Penilai Pembelajaran

 Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membua analisis item ujian dan respons pelajar bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap pelajar.
 Guru seharusnya dapat melihat penilaian formatif dan sumatif ini sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud maklumbalas yang diperoleh dari penilaian ini dapat digunakan dengan berkesan untuk tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran serta motivasi murid untuk terus belajar.
 Guru mentadbir ujian dan memeriksa respons pelajar.
 Guru mendapat maklum balas tentang apa yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh pelajar melalui ujian diagnostik.
 Guru menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal pasti pelajar yang telah menguasai hasil pembelajaran dan pelajar yang belum lagi menguasainya.
 Guru membenarkan pelajar yang telah menguasai hasil pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor kepada rakan sekelas atau ke unit pembelajaran seterusnya. Peranan dan tugas guru seperti yang dinyatakan memerlukan guru mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya lebih bersedia melaksanakan pendekatan pembelajaran di sekolah.

Guru sebagai pembimbing

 Guru sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada pelajarnya untuk menaikkan semangat mereka agar terus berusaha dengan gigih.
 Guru selalu mengambil berat tentang hal pelajar ketika diluar ataupun di kawasan sekolah.
 Guru sentiasa berbual dengan pelajarnya.
 Guru sentiasa mendoakan kejayaan pelajarnya.
 Guru sentiasa cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pelajarnya.
 Guru haruslah menunjukkan keperibadian yang baik terhadap pelajarnya.
 Guru sentiasa menegur pelajarnya dengan cara yang betul sekirangya pelajarnya melakukan kesilapan.
 Guru mestilah mempunyai sifat penyayang terhadap pelajarnya.

No comments: