Tuesday, October 23, 2012

7 Hijjah 1433 - 23102012

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum...

Ramai orang pada masa sekarang sedang lena tidur...alhamdulillah Allah masih berikan aku semangat untuk terus mencari keberkatanNya dalam kehidupan ini. Pada pagi yang sunyi ini, aku serahkan segalanya pada Allah untuk setiap usaha untuk mendekatinNya mencari redhanya. Tak semua orang tahu setiap ujian yang Allah berikan itu pada hambaNya agar tabah dan sabar lagi...

Aku tak tahu macam mana untuk bercerita, tapi apa yang aku perlukan adalah semangat untuk aku terus tabah, utk aku terus sabar lagi dengan penuh meredhai ketentuan Allah terhadap diriku ini. Aku berusaha untuk mencari semangat dengan menulis blog ini kerana aku tidak mahu berada di landasan yang salah dalam perjalanan hidupku ini apabila Allah memberi ujianNya terhadap diriku ini.

Dimana untuk aku cari semangat kalau tidak menulis diblog ini diwaktu pagi dengan orang ramai yang sedang lena tidur. Aku bersyukur kerana aku masih dapat bangun dan berusaha utk mencari keredhaan Allah agar aku terus dekat padaNya. Untuk semua orang tahu sekarang ini aku sangat memerlukan semangat untuk diiriku ini agar aku tidak salah dalam memilih jalan. Aku tidak tahu macam mana untuk berusaha lagi...kadang-kadang aku rasa ingin putus asa, tapi bila fikir Allah, alhamdulillah aku bersyukur kerana Allah masih kurniakan hidayahNya utk aku terus mengingatiNya.

Aku tak boleh menyalahkan siapa-siapa apabila Allah mengujiku kerana aku ingin yakin yang setiap ujian itu Allah akan berikan hikmahNya. Aku berusaha mencari hikmahnya, tetap utk berada pada jalan Allah. Aku tidak mahu menyimpan perasaan kesal, aku tidak mahu menyalahkan siapa-siapa, aku hanya perlukan suatu keyakinan utk aku tabah dan sabar, aku hanya perlukan semangat untuk aku terus berusaha.

Allah lebih tahu macam mana diri ini untuk tabah lagi, utk sabar lagi...agar tidak tersasar dari jalan Allah dalam membuat sesuatu keputusan. Aku menulis pada pagi yang sunyi ini kerana aku mencari semangat untuk diriku ini. Kita berusaha mengharapkan semangat dan dorongan pada orang-orang yang kita yakin mereka dapat dan mampu berikan, tapi aku tidak tahu apa yang sebenarnya Allah ingin uji lagi padaku.

Adakah kesabaranku, ketabahanku....bukan aku ingin rasa sedih untuk dengan ujian Allah ini, tapi aku sedih setelah aku merayu utk dapatkan semangat...dan dengan blog ini aku berusaha untuk beri semangat pada diriku ini...

Allah lebih tahu jika ini adalah ujianNya dan pasti Allah akan tunjukkan segala-galannya...aku hanya benulis utk dapat sedikit semangat pada pagi ini kerana aku berusaha utk berada jalan Allah...

Sekian wassalam

Sunday, October 21, 2012

05 Hijrah 1433 - 21102012

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku bersyukur kerana Allah memberikan peluang padaku hari ni untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam blog ini. Aku tak tahu apakah ujian yang bakal aku tempuhi, apakah dosa yang akan aku lakukan dan adakah Allah akan bersama aku lagi untuk terus bersama hambaNya ini yang sentiasa mengharapkan suatu perjalanan kehidupan setiap hari dengan penuh keberkatanNya.

Ramai orang diluar sana menempuhi setiap ujian dalam kehidupan kerana Allah dah tentukan segalanNya untuk kebaikan hambaNya. Aku sangat yakin itu. Tapi sejauh manakah hambanNya itu mampu bersabar? Sejauh manakah hambaNya itu mampu tabahkan hati untuk redha semata-mata untuk terus tidak membelakangi Allah? Aku sendiri mengadu Allah sedang menguji aku, dan aku tidak sesekali ingin merasa kelemahan, aku tidak sesekali ingin merasakan diriku telah melakukan suatu yang salah...

Allah lebih tahu setiap hambaNya yang berusaha tanpa putus asa, Allah tahu setiap hambaNya yang menagis untuk setiap solatnya, untuk setiap kehidupan seharian mereka kerana semata-mata inginkan pertunjuk dari Allah, semata-mata inginkan keredhaan dan keberkatan dari Allah walaupun dengan apa jua ujian yang ditempuhi.

Mungkin didunia ini Allah tidak akan pertunjukkan kepada orang-orang yang kita inginkan mereka tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam hati ini, tapi akan pasti suatu masa nanti diakhirat pasti Allah akan tunjukkan kepada orang-orang yang berkenaan. Setiap luahan, setiap usaha, setiap ketabahan dan kesabaran yang dilalui ini tidak akan aku putuskan untuk terus berada pada jalan Allah...

Aku bersyukur kerana aku masih dapat menulis dan bersemangat kembali untuk menulis diblog ini. Aku hanya berusaha untuk mencari jalan yang benar sentiasa, dan ujian yang datang Allah berikan pada hambaNya adalah untuk kebaikan hambaNya juga. Aku kena yakin semua itu, dan aku sedang berusaha untuk mencari semangat dan keyakinan untuk diri ini agar tidak terpesong dari jalan yang salah.

Jika ini kebaikan yang Allah berikan aku perlu bersyukur kerana aku kembali menulis blog ini setelah sekian lama aku biarkan kerana kelekaan ku sendiri. Kini aku menulis lagi tetapi jika ia mungkin berlainan. Aku akan menulis sehinggalah aku merasakan diri ini bersemangat kerana aku mengharapkan sentiasa semangat untuk berada memilih jalan Allah.

Hanya Allah yang mendengar dan menentukan apa yang terbaik buat hambaNya..Keredhaan hambaNya dengan setiap ujian yang diberikan pasti akan diberikan ganjaran suatu masa nanti. Aku sebagai hamba Allah perlu cari semangat dan kekuatan untuk tabahkan hati dan redha serta sabar pasti Allah akan berikan ganjaran pada hamba-hambaNya yang tabah dan sabar apabila diberikan ujian dan tidak berada dilandasan selain jalan Allah.

Alhamdulillah......aku kembali di blog ini semula...dan aku tidak perlu bersedih....

Sekian Wassalam

Friday, October 19, 2012

03 Hijrah 1433 - 19102012 - Kembali

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum,

Sudah sekian lama aku tidak menulis blog, tergerak hati ini untuk kembali menjeguk blog yang telah lama aku tinggalkan...Alangkan bagusnya jika aku sentiasa bersemangat seperti dahulu, terus menulis blog dan berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama. Alhamdulillah kerana hati ini Allah masih gerakkan untuk kembali menulis blog yang telah sekian lama aku tinggalkan. Mungkin kali ini penulisan ku ini lain dari sebelum ini. Kepada semua pembaca blog Khairi, terima kasih kerana anda semua masih melawat blog ini walaupun setiap ilmu tidak di kongsi bersama lagi. Tapi dengan setiap penulisan yang ada diblog ini khairi harap semua yang membaca dapat manfaat dan berfikir tentang kehidupan kita semua. InsyaAllah

 Sekian Wassalam