Tuesday, October 23, 2012

7 Hijjah 1433 - 23102012

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum...

Ramai orang pada masa sekarang sedang lena tidur...alhamdulillah Allah masih berikan aku semangat untuk terus mencari keberkatanNya dalam kehidupan ini. Pada pagi yang sunyi ini, aku serahkan segalanya pada Allah untuk setiap usaha untuk mendekatinNya mencari redhanya. Tak semua orang tahu setiap ujian yang Allah berikan itu pada hambaNya agar tabah dan sabar lagi...

Aku tak tahu macam mana untuk bercerita, tapi apa yang aku perlukan adalah semangat untuk aku terus tabah, utk aku terus sabar lagi dengan penuh meredhai ketentuan Allah terhadap diriku ini. Aku berusaha untuk mencari semangat dengan menulis blog ini kerana aku tidak mahu berada di landasan yang salah dalam perjalanan hidupku ini apabila Allah memberi ujianNya terhadap diriku ini.

Dimana untuk aku cari semangat kalau tidak menulis diblog ini diwaktu pagi dengan orang ramai yang sedang lena tidur. Aku bersyukur kerana aku masih dapat bangun dan berusaha utk mencari keredhaan Allah agar aku terus dekat padaNya. Untuk semua orang tahu sekarang ini aku sangat memerlukan semangat untuk diiriku ini agar aku tidak salah dalam memilih jalan. Aku tidak tahu macam mana untuk berusaha lagi...kadang-kadang aku rasa ingin putus asa, tapi bila fikir Allah, alhamdulillah aku bersyukur kerana Allah masih kurniakan hidayahNya utk aku terus mengingatiNya.

Aku tak boleh menyalahkan siapa-siapa apabila Allah mengujiku kerana aku ingin yakin yang setiap ujian itu Allah akan berikan hikmahNya. Aku berusaha mencari hikmahnya, tetap utk berada pada jalan Allah. Aku tidak mahu menyimpan perasaan kesal, aku tidak mahu menyalahkan siapa-siapa, aku hanya perlukan suatu keyakinan utk aku tabah dan sabar, aku hanya perlukan semangat untuk aku terus berusaha.

Allah lebih tahu macam mana diri ini untuk tabah lagi, utk sabar lagi...agar tidak tersasar dari jalan Allah dalam membuat sesuatu keputusan. Aku menulis pada pagi yang sunyi ini kerana aku mencari semangat untuk diriku ini. Kita berusaha mengharapkan semangat dan dorongan pada orang-orang yang kita yakin mereka dapat dan mampu berikan, tapi aku tidak tahu apa yang sebenarnya Allah ingin uji lagi padaku.

Adakah kesabaranku, ketabahanku....bukan aku ingin rasa sedih untuk dengan ujian Allah ini, tapi aku sedih setelah aku merayu utk dapatkan semangat...dan dengan blog ini aku berusaha untuk beri semangat pada diriku ini...

Allah lebih tahu jika ini adalah ujianNya dan pasti Allah akan tunjukkan segala-galannya...aku hanya benulis utk dapat sedikit semangat pada pagi ini kerana aku berusaha utk berada jalan Allah...

Sekian wassalam

3 comments:

Long-K said...

kenapa dengan awak khairi??

Mr. A.K.A said...

Hanya ingin berada pada jalan Allah sahaja apabila Allah sedang menguji hambaNya ini. Mengharapkan pertunjuk dan semangat agar terus tabah dan sabar lagi. Allah yang lebih tahu segalaNya dan pasti Allah sentiasa bersama hambaNya yang berusaha berada pada jalanNya apabila diuji dan tidak pernah rasa putus asa. InsyaAllah.

Long-K said...

InsyaAllah...awak akan berjaya...amin3