Friday, November 6, 2009

Keberkatan

Assalamualaikum w.b.t

Semoga saudara dan saudari berada dalam keadaan sihat dan sejahtera serta sentiasa beroleh kebahagian dalam kehidupan harian. Kali ini Khairi akan mengupas sedikit topik baru dalam blog ini untuk dijadaikan sebagai renungan kita bersama. Semoga setiap apa yang disampaikan diberkati oleh-Nya.

Kehidupan yang bahagia dan harmoni adalah satu anugerah Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Setiap manusia akan merasa ketenangan apabila beroleh kebahagian dalam kehidupannya. Kebahagian bukan bermaksud kita menjadi kaya dengan mempunyai beberapa buah kereta mewah, mempunyai beberapa buah banglo dan mempunya duit dalam bank yang tak habis digunakan oleh 7 keturunan. Untuk beroleh kebahagian dalam kehidupan satu perkara penting perlu diketahui, diingati dan perlulah diamalkan agar kita dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perkara yang dimaksudkan itu adalah “KEBERKATAN”.

Maksud sebenar kebekatan disini adalah "kebaikan yang bertambah, berterusan dan berpanjangan". Kita akan beroleh keberkatan sekiranya segala amalan yang kita lakukan sentiasa menuju ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai bukan jalan-jalan yang dimurkai dan di situ jugalah kita akan merasa kebahagian dengan adanya keberkatan dalam hidup. Contoh yang jelas adalah Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyaklah dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidupnya sentiasa tenang dan sentiasa berpuas hati dengan setiap perkara yang dilakukan serta sentiasa mengigati Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan dalam kehidupan hariannya. Inilah yang dikatakan keberkatan dan jikalau hidup tiada keberkatan, walaupun harta benda yang telah dikurnikan oleh Allah kepada hamba-Nya itu semakin bertambah, hidupnya tidak akan merasa kebahagia dan ketenganan serta kepuasan dalam setiap perkara yang dilakukan, justeru itu semakin jauh dirinya untuk mengingati Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Ini akan menyebabkan mereka akan sentiasa berada dalam kesesatan dan kebinasaan.

Disini khairi ingin kongsikan sedikit ilmu tentang bagaimana amalan yang perlu dilakukan untuk mendapat “keberkatan” dalam kehidupan sekiranya masih kurang, khairi amat mengalu-alukan saudara dan saudari dapat kongsikan.

1) Terhadap Maha Pencipta Alam Semesta
- Mencintai Allah S.W.T
- Sentiasa mengingati Allah dalam kehidupan harian
- Sentiasa melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah
- Perbanyakkan amal ibadat
- Biasakan diri dengan bersedekah
- Sentiasa bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikan
- Sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendapat keberkatan
- Tidak berbangga dengan kelebihan yang dimiliki
- Sentiasa sabar dalam menempuhi ujian dari Allah.
- Memilih jalan yang betul dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

2) Terhadap ibu bapa dan keluarga
- Sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa dan keluarga
- Sentiasa mendoakan mereka supaya beroleh keberkatan dalam kehidupan
- Sentiasa meminta doa dari mereka
- Tidak menyakiti hati mereka. (menjaga hati mereka jangan sesekali mengecewakan mereka)
- Menyayangi mereka
- Selalulah mengembirakan mereka
- Cuba sedaya upaya untuk membalas segala pengorbanan ibu bapa dan keluarga
- Tidak melupakan mereka walaupun berada berjauhan dengan mereka. (sentiasa berhubung dengan mereka).
- Sentiasa mengingati setiap pengorbanan dilakukan oleh ibubapa dan keluarga terhadap kita

3) Terhadap guru-guru(tenaga pengajar)
- Meminta mereka menghalalkan segala ilmu yang diberi
- Mendoakan kesejahteraan mereka
- Meminta doa dari mereka
- Sentiasa menyayangi mereka (sekiranya guru kita itu sebaya dengan ibubapa kita, sayangilah mereka seperti ibubapa kita, sekiranya umur mereka sebaya dengan abang atau kakak kita, sayangilah mereka sepertimana kita menyayangi kakak dan abang kita sendiri).
- Tidak memutuskan perhubungan dengan guru-guru atau tidak melupakan mereka.
- Sentiasa jumpa mereka dan hubungi mereka bila mempunyai kelapangan waktu.
- Sentiasa berada disamping mereka ketika susah dan senang

4) Terhadap kawan-kawan
- Sentiasa mendoakan mereka agar sama-sama beroleh kejayaan didunia dan akhirat.
- Minta dia mendoakan kita juga
- Menjaga hati mereka
- Ikhlas berkawan dengan mereka bukan hanya berkawan kerana untuk mendapatkan sesuatu
- Sentiasa menolong mereka ketika susah mahupun senang
- Sayangi mereka seperti adik beradik kita

5) Terhadap masyarakat sekeliling
- Sentiasa mendoakan mereka apabila melihat mereka dalam kesesatan
- Sentiasa cuba membantu mereka
- Sentiasa berfikiran positif terhadap mereka. Sekiranya kita lihat orang yang berjaya, doakanlah mereka agar terus maju ke jalan yang betul dan sekiranya kita melihat orang yang berada dalam kesesatan, cuba la muhasabahkan diri kita, adakah kita berada pada jalan yang betul?Adakah setiap amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah? Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang baik? Wal Allah Hu Alam...

Sekian, Terima kasih...:-) :-) :-)

2 comments:

wahyu said...

Salam bicara.

Apa jua perbuatan dan perjuangan dimulai dengan niat. Jika niat suci pasti ada keberkatan, jika tidak ia sebalinya.

Dalam tubuh kita ada segumpal daging. Jika ia baik, sekujur badan akan baik, begitu juga jika ia jahat pasti sekujur badan akan buruk.Itulah HATI.

salam bicara.
Bicarawahyu.

Anonymous said...

kab ba ro kap alip ta nun.

ya itu penting.