Assalamualikum dan salam sejahtera kepada pelawat blog khairi... Hari ini khairi akan menceritakan serba sedikit berkaitan topik baru yang datang secara spontan dalam fikiran khairi. Apakah yang dikatakan maya dan apakah yang dikatakan nyata. Maya adalah satu benda yang kita tidak dapat lihat oleh mata kasar kita, kita tidak boleh sentuh dan kita tidak mengetahui secara terperinci tentang sesuatu yang dikatakan maya itu. Nyata pula adalah sesuatu yang kita dapat lihat, dapat sentuh dan lebih mengetahui secara terperinci tentang sesuatu benda yang diklasifikasikan sebagai nyata.
Kita masuk kepada perkara yang khairi ingin kaitkan antara maya dan nyata. Perkara yang dimaksudkan itu adalah "pembohongan dalam perhubungan". Dalam perkembangan teknologi yang sedia ada sekarang ini, kita dapat lihat ramai orang yang memulakan perkenalan mereka melalaui internet kerana ia terlalu mudah untuk berkenalan dengan seseorang jika dibandingkan memulakan perkenalan secara nyata. Dengan adanya pelbagai-bagai ruang sembang dan ruang sosial yang tersebar secara meluas di internet membolehkan aktiviti perkenalan bertambah mudah. Jika kita perhatikan, aktiviti perkenalan ini bukan saja didominasi oleh anak-anak muda, malahan golongan yang diperingkat umur melebihan separuh abad pun turut mendominasi ruang-runag sembang dan sosial.
Dalam aktiviti perkenalan secara maya ini jugalah, kita akan dapat kenal dan ketahui pelbagai ragam-ragam manusia yang ada di muka bumi ini, ada yang berkenalan dengan niat yang betul, ada yang berkenalan semata-mata untuk menghilangkan rasa bosan, dan ada juga yang berkenalan dengan tujuan untuk mengambil kesempatan. Amatlah mudah jika kita hendak ditipu dalam perkenalan secara maya ini jika kita tidak berhati-hati dalam memilih rakan yang kita hendak kenal. Justeru itu perkenalan secara maya ini amatlah mudah, tetapi perlulah berhati-hati dalam menilai seseorang kerana manusia mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama tetapi isi hati setiap manusia tidak sama. Kita tidak tahu apa yang mereka fikir, kita tidak tahu apa yang mereka hendak dan kita juga tidak tahu siapakah mereka yang sebenarnya.
Dalam perkenalan secara nyata pula, setiap individu akan lebih mudah mengenali diantara satu sama lain kerana ia merupakan perkenalan yang lebih dekat jika dibandingkan dengan perkenalan secara maya. Dekat yang khairi maksudkan itu adalah kita boleh bersemuka secara nyata. Disini kita akan lebih mengetahui bagaimanakah reaksi seseorang itu apabila berada bersama kita. Dalam perkenalan secara nyata ini, penipuan lebih sukar untuk dilakukan jika dibandingkan perkenalan secara maya kerana kita akan lebih mengetahui seorang penipu itu berdasarkan gerak gerinya iaitu dari segi cara percakapan, dari segi respone yang kita dapat perhatikan dan juga dari segi perubahan tingkah laku seseorang itu. Jika dibandingkan perkenalan secara maya, kita sukar untuk memerhatikan seseorang itu kerana perkenalan secara maya ini kebanyakkannya lebih kepada penggunaan teks.
Kesimpulan yang boleh dibuat dalam topic kali ini adalah setiap individu haruslah menghargai dan menggunakan kemajuan teknologi yang sedia ada dengan sebaik mungkin dan dalam masa yang sama mereka perlulah berhati-hati di dalam setiap urusan yang dilakukan secara online ataupun secara besemuka kerana di akhir zaman ini ramai manusia yang lebih mengutamakan keduniaan sehinggakan sanggup memulakan perkenalan dengan individu yang baru semata-mata untuk melakukan penipuan demi kepentingan duniawi. Apa yang menyedihkan ramai manusia sekarang selalu mengguna perkataan “penipuan sunat” untuk menyakinkan seseorang supaya melakukan penipuan. Dalam Islam tidak ada digariskan maksud bahawa manusia boleh melakukan penipuan sunat kerana setiap penipuan yang dilakukan adalah haram dan berdosa.
Tuesday, November 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
suke entri ni..
mmg skrg ramai org salah gunakan internet nak berkenalan
pastu kdg2 diorg leh letak gmbr org lain
tu la manusia zaman sekarang, selalu mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain...sepatutnya sebelum melakukan sesuatu perkara perlu la difikirkan betul2 adakah perkara yang kita lakukan itu akan memberikan kesan yg positif kepada org lain atau adakah perkara yg kita lakukan itu akan memberikan kesan yg negatif...jika ia memberikan kesan yg positif Alhamdulillah....
salam khairi,
n3 yg baik utk kite renungkan bersama,kenalah berhati-hati jika berkenalan dgn sesiapa pun di alam maya..contoh nye facebook..
w'salam...
yup betul..salah satu ruang sosial yg top masa kini facebook..kalu tak silap la ada keluar paper disebabkan facebook la seorang remaja murtad dan lari dari rumah selepas akrab dgn mubaligh dalam facebook...so kena la berhati-hati dlm memilih kenalan secara maya ni...
N3 yg menarik n bagus utk direnungi..jdlah seorg hamba yg bersyukur ke atas nikmat yg telah diberi..n jauhi perkara2 yg leh m'aibkan org lain dn diri sendiri..amin.
Good entry. Baik untuk dijadikan renungan semua.
Tidak ada istilah 'bohong sunat'...itu yang perlu difahami semua.
Post a Comment