Friday, September 11, 2009

Keberkatan Seorang Guru

Kabus pagi masih lagi menyeliputi hampir ke setiap pandangan yang aku lemparkan.Sinar suria yang menyinar menjadi satu sinar yang membuat aku bersemangat untuk menjalankan segala rutin harianku hari ini.Sudah 10 tahun aku telah meninggalkan zaman persekolahan yang benar-benar mengajar aku erti kehidupan.Terlalu banyak rencah hidup yang telah aku lalui dengan tabah dan penuh kesungguhan Kini dengan segala keberkatan yang aku perolehi daripada Penciptaku.ibu.ayah dan guruku,aku kini menjadi seorang pakar biologi di bahagian penyelidikan hidupan laut.

Pagi yang indah ini membuatkan aku tersenyum sendiri di sisi jendela.Suasana kampung yang telah lama aku tinggalkan,membikin aku berasa tenang.Hatiku setenang aliran sungai yang mengalir dihadapanku.Bukan senang untuk merasai ketenangan hidup sekarang ini,lebih-lebih lagi apabila aku kini tinggal di celahan hiruk-pikuk kota yang memeningkan kepala.Lamunanku terhenti seketika apabila kedengaran namaku dipanggil berulang kali.Aku mengamati betul-betul suara sebentar tadi.Maklumlah,aku mengelamun panjang tadi,desis hatiku.Rupa-rupanya,ibu yang memanggilku untuk bersarapan.Aku melangkah longlai ke dapur,walaupun.perutku tidak berasa lapar namun,haruman masakan ibuku benar-benar menggugat hatiku.Dari jauh lagi aku dapat menghidu aroma sambal tumis sotong dan nasi lemak kegemaranku.

Aku duduk di meja makan di bahagian kiri bersebelahan ibuku.Ayahku awal pagi lagi sudah ke bendang ,membanting tulang untuk menyara keluarga.Walaupun,aku dan adik beradikku sudah mampu untuk menanggung kehidupan ,namun,ayahku tidak dapat meninggalkan pekerjaan hariannya itu.Di sawah,ayah dapat bertemu dengan teman-teman,bercerita perihal isu semasa dan sebagainya.Mungkin itu yang dapat membuatkan ayah senang dengan pekerjaannya.Sambil kami makan,aku bertanya kepada ibu,”mak,hari ini mak tidak sihat ke?”Ibuku berkata,”sakit tekak je ni Wan”,jawab ibuku dengan suaranya yang serak-serak basah.”Abang tak balik ke mak?”,tanyaku lagi.
“entahlah Wan,abang kau tu asyik kerja je,tak tahu nak rehat.Akak kau pula belajar sahaja,kahwin pun dah lupa,nak jadi anak dara tua la tu.”jawab ibuku panjang.Nadanya seakan-akan kecewa.”Dah la tu mak,diorang tu menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya,tak perlu la mak risaukan sangat”jawabku lagi.

Selesai sahaja bersarapan,aku membantu ibuku mengemas pinggan yang telah digunakan untuk dibasuh.Sekali sekala membantu ibu ni bagus juga,”desis hatiku.Selepas selesai mengemas,Aku terus menuju ke hadapan halaman rumahku.Aku duduk di buaian ringkas ciptaan ayahku yang terletak berdekatan dengan taman mini buatan ibu..Hmm,ada baiknya juga ibuku menanam pokok di halaman rumah ni,barulah nyaman udara.”bermonolog aku sendiri lagi.Jadi,tidak hairanlah,penduduk dikampung ini,sihat-sihat semuanya.Buaian yang aku gunakan ini,masih lagi kukuh dan stabil.Walaupun,hanya menggunakan dua utas tali guni dan sekeping papan,namun,hingga kini,ia masih elok digunakan.Dan pokok yang menampung buaian ini juga masih tegap berdiri.

Ayunan buaian yang kurasakan ini,membuatkan fikiranku tertancap seketika kepada nostalgia pada zaman persekolahan.Semasa di sekolah dahulu,aku berpegang teguh kepada satu prinsip yang jitu,iaitu “keberkatan begitu penting dalam setiap apa yang kita lakukan.Walaupun kita belajar setinggi manapun.namun,jika tiada keberkatan,tiada gunanya.Aku teringat kepada kata-kata guruku semasa aku berada di tingkatan empat.Sudah enam tahun aku meninggalkan zaman tersebut.Guruku itu pernah berkata,”Belajarlah kamu sejauh dan setinggi mana,namun tanpa keberkatan,tiada gunanya.kamu akan menjadi orang yang rugi akhirnya”.Kata-kata guruku itu masih masih lagi kuat diingatanku.Jikalau tidak salah tafsiranku,guruku itu namanya Cikgu Ismail.Beliau merupakan guru matapelajaran sejarah.

Semasa di sekolah,aku merupakan antara pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar yang konsisten dan cemerlang dalam semua aspek, pelajaran dan sukan khususnya.Namun begitu,aku juga merupakan seorang pelajar yang nakal.Disebabkan kenakalanku itu,hanya ada sebilangan guru sahaja yang menyenangiku.Aku dan rakan baikku sering ponteng kelas.Kami hanya akan hadir pada kelas yang kami minat,Biologi khasnya.Selama aku belajar di sekolah, tidak pernah terdetik hati ini untuk menyukai matapelajaran Sejarah.Aku menafsirkan bahawa matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran yang amat-amat membosankan.Aku tertanya-tanya mengapa kita perlu belajar satu perkara yang sudah berlalu kejadiannya?Namun,hingga kini aku masih lagi gagal untuk menemui jawapannya.Namun begitu bukan aku sahaja yang tidak menyukai matapelajaran Sejarah,malah hampir setengah isi kelasku tidak menyukai matapelajaran tersebut.Oleh sebab itu,aku dan rakan-rakanku,Ng Wi Tet dan Chandran sering memonteng kelas sejarah.Apabila, tiba sahaja kelas yang membosankan itu,kami akan berlalu dari kelas dan melepak di bahagian belakang bangunan akademik sekolah.Kami berpendapat bahawa melepak begini lebih banyak kebaikannya daripada mendengar guruku berceloteh perihal sejarah yang bisa membuatkan pelajar terlena dibuai mimpi.
Aktiviti rutin yang kami sering lakukan ialah,kami akan menghabiskan masa disana dengan makan,tidur,dan berbual-bual kosong.

Cikgu Ismail sebenarnya mengetahui tentang kegiatan kami selama ini,namun,beliau lansung tidak mengambil tindakan kerana beliau begitu memahami perangai nakal kami selama ini.Pada suatu hari,terlintas di fikiran kami untuk melakukan satu “kerja bodoh” yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar sekolah seperti kami.Aku,Ng Wi Tet,dan Chandran telah bercadang untuk membocorkan salah satu tayar kereta yang berdekatan tempat kami melepak.Tiba-tiba sahaja,cadangan bodoh itu terlintas di fikiran kawanku,Chandran.Mulanya begini,”Eh,korang!,korang tidak rasa bosan ke jika selalu begini?.Apa kata kalau kita buat sesuatu yang “interesting”,kata Chandran sambil tersenyum sinis”.Aku dan Ng Wi Tet pun bagai lembu dicucuk hidung.Kami ikut sahaja cadangan yang dikemukakan oleh Chandran itu.

Namun,memang benar orang berkata,”malang itu tidak berbau”,disebabkan oleh “kerja bodoh” kami itu,berlaku satu kejadian yang tidak diingini iaitu KEMALANGAN!.Kami begitu terpana apabila berita tentang kemalangan itu sampai di pengetahuan kami dan kejadian tersebut melibatkan salah seorang guru yang mengajar di sekolah kami.Dan yang lebih memeranjatkan lagi,guruku itu adalah Cikgu Ismail.Belaiu gagal mengawal keretanya sewaktu memandu pulang kerumah.Hatiku bagai disentap,aku bagai tidak berpijak pada paksi bumi.Guruku mengalami kemalangan!Kami yang melakukannya!dan……guruku meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk!

Aku tidak dapat menerima kenyataan.Dan mula saat inilah,aku mula malas untuk belajar.Chandran sudah berpindah daripada sekolah kerana tidak tahan dengan kritikan dan cacian yang dilemparkan kepada kami. Aku dan Ng Wi Tet sahaja terpaksa menempuh segala rintangan dengan sabar.Tiba-tiba,sewaktu aku sedang duduk berseorangan di dalam kelas,Cikgu Norizah datang menghampiriku.Beliau menyerahkan sehelai kertas yang berlipat dua.Aku memandang beliau kehairanan.Cikgu Norizah hanya tersenyum dan memintaku membacanya sendiri.Aku tertanya-tanya dan sepantas kilat membaca surat misteri itu.Pantas berjujuran airmataku mengalir sejurus sahaja aku membaca surat tersebut.Aku tidak mampu untuk menghabiskan bacaanku.Beberapa potong ayat sahaja bisa membuatkan hatiku diruntun sayu.Surat misteri itu merupakan surat yang diwasiatkan kepadaku daripada Cikgu Ismail,guru Sejarahku!.Beliau sempat menulis surat tersebut beberapa hari sebelum beliau terlibat dengan kemalangan yang dasyat dan merentap terus nyawanya.Beliau menasihatiku tentang kepentingan ilmu.Kata beliau,”Ilmu merupakan penyuluh hidup pada masa hadapan,dan kata beliau lagi,semakin jauh perjalanan hidup kita,semakin gelap hala yang ditujui.Kita pasti memerlukan penyuluh untuk menerangi setiap perjalanan yang kita lalui.Ilmulah yang akan membantu kita semasa dalam kesusahan.Zaman metropolitan kini,semuanya berlandaskan ilmu.Orang yang tidak berilmu pasti akan disisihkan.Tambahan pula,dalam islam,banyak menekan tentang pentingnya menuntut ilmu.Dan yang lebih penting lagi,kita perlu mendapatkan segala keberkatan daripada setiap ilmu yang kita perolehi barulah ilmu itu dapat menjadi pelindung pada masa akan datang.Aku menyelak helaian demi helaian warkah tersebut sehinggalah ke helaian yang terakhir,aku terkedu dan rasa sayu menyelubungi diriku.Aku menatap tajam akan barisan ayat terakhir yang penuh keramat itu.Cikgu Ismail sempat mengatakan bahawa beliau memberkati segala ilmuku selama ini.Segala dosa atau kesalahan yang aku lakukan dimaafkan oleh beliau.Rasa bersalah membuku dihati ini.Aku nekad untuk belajar bersungguh-sungguh.Aku akan menunaikan wasiat guruku itu untuk melihat aku berjaya dengan cemerlangnya.Hari ini,keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan.Aku tenang sahaja.Aku serahkan segala-galanya pada takdir Allah.Alhamdulillah,”ujarku sejurus sahaja mendengar keputusan yang diumumkan sebentar tadiKejayaan rakan-rakanku juga menggembirakan hatiku.Aku hanya mampu berpelukan dengan ibu dan bapaku.Tangisan menyelebungi suasana.Aku berasa sangat gembira kerana berjaya memenuhi wasiat guruku.Kejayaan ini segala-galanya berpunca daripada keberkatan Maha Penciptaku,ibu dan bapaku dan tidak lupa daripada Guruku!Dan dengan berbekalkan segala keberkatan ini,aku kini sudah berjaya dalam kehidupan.Aku menjalani kehidupanku kini dengan berpegang teguh pada prinsip yang satu iaitu,”Keberkatan punca segala kejayaan”.Aku sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan aku menerima segala keberkatan dan aku akan berusaha untuk memperolehi kejayan di akhirat kelak.InsyaAllah.

From www.keepandshare.com

Saturday, September 5, 2009

Runtuhnya Akhlak

Sifat malu adalah akhlak yang terpuji dan salah satu tanda orang yang beriman. Dia antara sifat-sifat yang boleh menjadikan seseorang itu runtuh akhlaknya adalah:-

1. Lupa kepada Allah dan malas beribadat kepadaNya. Mereka ini tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah sama ada ketika senang atau susah.

2. Melalaikan solat. Sengaja melengah-lengahkan atau melambat-lambatkan solat sehingga habis waktunya. Mereka ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah swt di akhirat kelak. Perkara ini dijelaskan oleh Allah swt di dalam Surah Maryam : 5, Surah Al-Ma’un : 47 dan Surah Al-Munafiqun : 9.

3. Orang yang sihat tubuh badannya, mempunyai masa lapang dan tidak uzur syari’i, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah setelah mendengar seruan azan.

4. Meninggalkan solat Jumaat yang wajib secara sengaja adalah merupakan punca berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan orang-orang Islam.

5. Mengamalkan sifat riak dan sombong. Dalam Islam perbuatan riak tergolong syirik kecil. Ia merosakkan amal kebajikan, melentur kemuliaan akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah swt.

6. Hasad dengki merupakan satu wabak yang berbahaya. Sikap tidak senang atas kenikmatan, kesenangan dan kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghancurkan kenikmatan itu akan menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan berprasangka buruk terhadap orang lain. Orang yang mempunyai sifat ini akan merasa serba kekurangan pada dirinya.

7. Dusta, mungkir janji dan memfitnah di kutuk oleh Allah swt dan akan menjauhkan manusia daripada Allah swt. Sifat-sifat ini boleh mempengaruhi minda ke arah kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah serta alam kebajikan. Kelemahan iman dan jiwa yang kotor akan membawa kepada perbuatan fitnah.

8. Mencaci, menyakiti dan mengejek orang lain boleh menjejaskan nama baik orang. Menjaga kehormatan diri dan maruah orang lain dapat membentuk masyarakat penyayang dan berakhlak mulia. Dalam surah Al-Ahzab : 58 dan surah Al-Hujurat : 11 Allah swt dengan jelas telah melarang perbuatan mencaci dan menghina.

9. Mempersendakan kesucian agama. Perbuatan mempersenda dan mempermainkan agama adalah perbuatan yang terkutuk dan dibenci dalam Islam. Dalam surah Al-Maidah:57 Allah swt melarang kita mengangkat orang yang memperolok-olokkan dan mepermaikan agama sebagai pemimpin.

10. Mengambil dan menguasai harta orang lain dengan jalan aniaya iaitu jalan yang tidak diredhai agama adalah dosa besar dan munafik. Sabda Rasulullah; “Barangsiapa mengambil sejengkal tanah(bumi) dengan tanpa hak nescaya ditenggelamkan ia pada hari kiamat ke dalam tujuh lapis bumi.”

11. Bergaul dengan orang yang memperolokan Al-Quran. Allah swt telah melarangkan kita daripada bergaul dan mendekati orang kafir dan munafik yang sentiasa mempersendakan al-Quran sebagaimana firmannya di dalam surah An-Nisa’:140. Dikhuatiri boleh menjejaskan dan merosakkan aqidah serta akhlak kita.

12. Membuka dan menceritakan rahsia orang lain adalah salah satu bentuk akhlak yang buruk. Allah telah memberi ingatan dan amaran kepada orang yang suka mendedahkan keburukan orang lain, di dalam surah An-Nur:19, bahawa mereka akan diberi azab yang pedih di dunia dan akhirat.

13. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang serta bermuka-muka. Sikap sebegini adalah ciri orang munafik kerana mereka suka sengaja melambat-lambatkan amal makruf dan mempercepatkan nahi mungkar.

14. Memutuskan silatulrahim dan memecahbelahkan perpaduan kaum muslim. Sikap ini akan mengakibatkan putusnya hubungan kekeluargaan dan sahabat andai. Perbuatan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian sesama muslim akan menyebabkan kejatuhan dan kehancuran umat Islam sehingga mendatangkan bala bencana dan azab Allah swt.

Apabila mata hati seorang manusia telah gelap dan buta, maka segala sifat-sifat yang tersebut di atas akan menular dan menjadi sebati di dalam dirinya. Mengikut Imam Ibnu Athaillah al-Iskandari “Kesungguhan dan kerajinan untuk mendapat sesuatu yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, dan pada masa yang sama anda mengelak sesuatu yang menjadi kewajipan dan telah diamanahkan kepadamu, maka hal yang sedemikian itu adalah menunjukkan ke atas telah tertutup mata hati anda (yakni membuktikan mata hatimu telah menjadi buta).”


Rujukan:

1. Terjemahan Hadith Sahih Muslim. Al Imam Muslim

2. Bimbingan Menjadi Wali Allah. Abu Mazaya Al Hafiz

3. Akhlak Terpuji Kunci Ke Syurga. Dr. Akram Ridha, Terjemahan oleh Yahya Nuryadi

Friday, September 4, 2009

Pantun Baik Punya

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
> Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
> Berdiri tanpa roh malam & siang....

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Kerja dah best keluarga pun dah senang,
> Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
> Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.......

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
> Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
> Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Main bola aku sanggup sampai petang,
> Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
> Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
> Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
> Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

> Apasal la aku malas sembahyang,
> Siksa neraka Cuba la aku bayang,
> Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
> Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
> Halang!!!