Adab pelajar terhadap guru
Mulai memberi salam dan hormat.
Banyakkan berdiam diri.
Meminta izin guru untuk bertanya.
Jangan sekali-kali berhujah dengan guru.
Tunjukkan sikap menerima pendapatnya.
Tidak menyinggung perasaannya.
Duduk bersopan dan tenang di hadapan guru.
Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
Tidak memandang besar kelemahannya kerana dia juga manusia biasa.
Memberikan segala keutamaan terhadap guru.
Sentiasa merendah diri kepadanya.
Adab pelajar terhadap keluarga guru
Menghormati mereka.
Menjaga harta benda mereka.
Berkasih sayang dengan keluarganya.
Berada di samping mereka di ketika mereka mendapat musibah.
Memberi bantuan atas apa yang diperlukan.
Memelihara keaiban mereka.
Menunjuk sikap yang disenangi oleh mereka.
Jangan mudah berburuk sangka terhadap mereka.
Adab pelajar terhadap kawan-kawannya
Mendahulukan sahabat dalam soal keperluan hariannya.
Sentiasa bermuzakarah.
Selalu ingat-mengingati kepada kebaikan.
Memelihara harta mereka.
Membantu menyelesaikan masalah mereka.
Sentiasa berusaha untuk menghiburkan mereka.
Sentiasa mendoakan untuk kebaikan mereka.
Adab pelajar semasa menimba ilmu dengan guru
Membetulkan niat semata-mata kerana Allah dan untuk membentuk peribadi mulia serta dapat menegakkan kehidupan menurut Islam sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Menuntut ilmu fardhu ain terlebih dahulu dari yang lain.
Menumpukan sepenuhnya kepada ilmu yang diajar.
Elakkan dari bertanya ketika guru mengajar.
Segala tindak tanduk hendaklah disenangi guru.
Mentaati dan mematuhi segala perintah guru selagi tidak melanggar syariat.
Saturday, August 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment