Tuesday, August 26, 2008

Antara Peranan Seorang Pelajar Cemerlang Terhadap Guru-Gurunya

1)Mengambil berat tentang guru mereka
2)Menziarahi atau berjumpa dengan guru-guru ketika mempunyai masa lapang
3)Sentiasa berhubung dengan guru-guru untuk mengetahui keadaanya
4)Tidak menyakiti hati guru-gurunya
5)Bersopan ketika bersama guru
6)Bersifat penyayang terhadap guru-gurunya

Saturday, August 23, 2008

Adab-Adab Seorang Pelajar Terhadap Gurunya

Adab pelajar terhadap guru

 Mulai memberi salam dan hormat.
 Banyakkan berdiam diri.
 Meminta izin guru untuk bertanya.
 Jangan sekali-kali berhujah dengan guru.
 Tunjukkan sikap menerima pendapatnya.
 Tidak menyinggung perasaannya.
 Duduk bersopan dan tenang di hadapan guru.
 Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
 Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
 Tidak memandang besar kelemahannya kerana dia juga manusia biasa.
 Memberikan segala keutamaan terhadap guru.
 Sentiasa merendah diri kepadanya.

Adab pelajar terhadap keluarga guru

 Menghormati mereka.
 Menjaga harta benda mereka.
 Berkasih sayang dengan keluarganya.
 Berada di samping mereka di ketika mereka mendapat musibah.
 Memberi bantuan atas apa yang diperlukan.
 Memelihara keaiban mereka.
 Menunjuk sikap yang disenangi oleh mereka.
 Jangan mudah berburuk sangka terhadap mereka.

Adab pelajar terhadap kawan-kawannya

 Mendahulukan sahabat dalam soal keperluan hariannya.
 Sentiasa bermuzakarah.
 Selalu ingat-mengingati kepada kebaikan.
 Memelihara harta mereka.
 Membantu menyelesaikan masalah mereka.
 Sentiasa berusaha untuk menghiburkan mereka.
 Sentiasa mendoakan untuk kebaikan mereka.

Adab pelajar semasa menimba ilmu dengan guru

 Membetulkan niat semata-mata kerana Allah dan untuk membentuk peribadi mulia serta dapat menegakkan kehidupan menurut Islam sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.
 Menuntut ilmu fardhu ain terlebih dahulu dari yang lain.
 Menumpukan sepenuhnya kepada ilmu yang diajar.
 Elakkan dari bertanya ketika guru mengajar.
 Segala tindak tanduk hendaklah disenangi guru.
 Mentaati dan mematuhi segala perintah guru selagi tidak melanggar syariat.

Thursday, August 21, 2008

Kenali Diri Anda dan Orang Lain

Mengira tarikh lahir dan ketahuilah personaliti anda.
Caranya dengan menambah kesemua angka tarikh lahir sehingga ia menjadi satu angka
Contoh: 03/05/2005 = 3 + 5 + 2005 = 2013
seterusnya, 2 + 0 + 1 + 3 = 6
Nombor = 6 (Jadi nombor lahirnya ialah 6)
Contoh: 29/11/1987 = 29 + 11 + 1987 = 2027
seterusnya, 2 + 0 + 2 + 7 = 11
oleh itu, 1 + 1 = 2
Nombor = 2 (Jadi nombor lahirnya ialah 2)


SELAMT MENCUBA

1. Ketulenan
• Hadir dengan idea baru.
• Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
• Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
• Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
• Dilahirkan sebagai diplomat.
• Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
• Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
• Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
• Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
• Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
• Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
• Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
• Mereka sangat popular dan idealistik.
• Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif
• Golongan ini sangat peka dan tradisional.
• Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
• Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
• Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
• Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
• Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
• Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
• Mereka adalah perintis.
• Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
• Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
• Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
• Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
• Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
• Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
• Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
• Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
• Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
• Mereka suka seni musik.
• Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
• Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
• Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
• Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
• Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
• Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
• Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
• Mereka sangat suka berahsia.
• Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
• Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
• Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
• Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
• Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
• Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
• Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
• Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
• Mereka sangat penyayang dan pemurah.
• Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
• Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
• Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
• Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
• Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Wednesday, August 20, 2008

Rahsia Bulan Dan Kelahiran

Rahsia bulan anda dilahirkan berdasarkan kajian 25 tahun Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

Sekadar panduan dan jangan dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNYA yang mencipta kita..kita hanya sekadar insan yang melaksanakan fitrahnya aje...


JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik


OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Tuesday, August 19, 2008

Ketahui Pasangan Anda Melalui Tarikh lahir

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Wednesday, August 13, 2008

Dua Perkara Yang Perlu Ada Pada Seorang Pendidik

Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan

Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam: bermaksud: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ” .( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim) Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah yang bermaksud “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ”.

Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik

Firman Allah taala yang bermaksud “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa Sedih dan Senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Tuesday, August 12, 2008

Empat Martabat Guru atau Pendidik Dalam Islam

Mudarris
Mudarris bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

Mu’allim
Mu’allim bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

Mursyid
Mursyid bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

Murabbi
Murabbi bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Sesungguhnya peranan pendidik bukanlah terhad kepada kaum guru sahaja tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa sahaja yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka adalah pendidik.

Kebesaran Allah S.W.T

Monday, August 11, 2008

Antara Peranan Pendidik

 Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.
 Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.
 Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Sunday, August 10, 2008

Ciri-ciri guru cemerlang

 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya ilmu.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak pelajar dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan pelajar-pelajar.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar pelajar belajar' wujud di dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlaag akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan pelajar dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak
berbelahbahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Saturday, August 9, 2008

Peranan guru

Guru sebagai perancang pengajaran

 Guru seharusnya menyedari semua pelajarnya mampu belajar. Dengan ini, guru akan memberi peluang yang mencukupi untuk pelajar menguasai sesuatu hasil pembelajaran.
 Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Peranan ini boleh disesuaikan mengikut strategi yang digunakan oleh guru. Jika guru memilih mengajar secara kelas misalnya, guru akan lebih berperanan sebagai pemimpin dan pengajar, manakala jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau pelajar memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat maka peranan guru pula lebih kepada sebagai seorang fasilitator.
 Guru merancang dan mengenal pasti hasil pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai.
 Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran, contohnya daripada yang mudah kepada yang sukar dan memastikan perkara asas diajar di peringkat awal.
 Guru memilih, mengubahsuai dan merancang pelbagai strategi, kaedah, aktiviti dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar menguasai hasil pembelajaran.

Guru sebagai pengurus pembelajaran

 Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari.
 Guru memotivasikan pelajar untuk mempelajarinya.
 Guru membekalkan pelajar dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
 Guru melaksanakan pengajaran dan pemelajaran mengikut kadar yang sesuai untuk setiap pelajar.
 Guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian pelajar.
 Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu.
 Guru memberi pujian dan galakan kepada pelajar yang memperoleh peningkatan dalam pembelajaran.
 Guru menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan semangat pelajar untuk belajar pada jangka masa yang panjang.
 Guru mempelbagaikan penggunaan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik termasuk penggunaan multi media, lembaran kerja, buku teks, majalah, akhbar dan modul pembelajaran kendiri.

Guru sebagai Penilai Pembelajaran

 Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membua analisis item ujian dan respons pelajar bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap pelajar.
 Guru seharusnya dapat melihat penilaian formatif dan sumatif ini sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud maklumbalas yang diperoleh dari penilaian ini dapat digunakan dengan berkesan untuk tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran serta motivasi murid untuk terus belajar.
 Guru mentadbir ujian dan memeriksa respons pelajar.
 Guru mendapat maklum balas tentang apa yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh pelajar melalui ujian diagnostik.
 Guru menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal pasti pelajar yang telah menguasai hasil pembelajaran dan pelajar yang belum lagi menguasainya.
 Guru membenarkan pelajar yang telah menguasai hasil pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor kepada rakan sekelas atau ke unit pembelajaran seterusnya. Peranan dan tugas guru seperti yang dinyatakan memerlukan guru mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya lebih bersedia melaksanakan pendekatan pembelajaran di sekolah.

Guru sebagai pembimbing

 Guru sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada pelajarnya untuk menaikkan semangat mereka agar terus berusaha dengan gigih.
 Guru selalu mengambil berat tentang hal pelajar ketika diluar ataupun di kawasan sekolah.
 Guru sentiasa berbual dengan pelajarnya.
 Guru sentiasa mendoakan kejayaan pelajarnya.
 Guru sentiasa cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pelajarnya.
 Guru haruslah menunjukkan keperibadian yang baik terhadap pelajarnya.
 Guru sentiasa menegur pelajarnya dengan cara yang betul sekirangya pelajarnya melakukan kesilapan.
 Guru mestilah mempunyai sifat penyayang terhadap pelajarnya.

Logo Club Manager