Monday, September 19, 2011
Bela Anjing Dah Jadi Trend Masa Kini
Assalamualaikum tujuan post ini dikongsikan bersama anda adalah untuk dijadikan iktibar dan mengajak kita semua supaya berfikir akan setiap perlakuan kita itu adakah berlandaskan hukum atau tidak, mungkin ada umat Islam yang belum mengetahui sebetul-betulnya tentang hukum pemeliharaan anjing yang kita dapat lihat sejak akhir-akhir ini sudah menjadi trend bagi umat Islam terutama di Malaysia. Sama-samalah kita berfikir dan mungkin ada yang belum mengetahui marilah sama-samalah kita memperbetulkannya.
PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH ATAU MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)
Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.
Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :
“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.
Sekian saja untuk ruangan blog kali ini, artikel ini diperolehi melalaui email dan telah diubahsuai untuk tujuan perkongsian yang lebih bemakna, semoga setiap apa yang kita lakukan sentiasa diberkati Allah S.W.T. InsyaAllah...
SUMBER : MOHD GHAZALI BIN ABU BAKAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment