Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semoga hidup kalian semua sentiasa diberkhati. Topik untuk kali ini adalah maksiat dan usia. Bila sebut saja pasal maksiat pasti dalam fikiran kita adalah perkara jahat, perkara yang berdosa dan pasti akan mendapat balasan di hari kiamat. Orang yang selalu melakukan maksiat adalah orang yang hina dan keji, orang sebegini perlulah bertaubat supaya dapat kembali ke jalan yang benar. Itulah perkara yang sentiasa bermain difikiran ramai orang apabila disebut maksiat. Contoh perbuatan maksiat yang kebiasaannya sering terjadi adalah zina, berjudi, minum arak, derhaka, menipu dan banyak lagi yang telah dijelaskan jenis-jenis perbuatan maksiat di dalam al-Quran.
Maksiat tidak mengira usia, tidak mengira jantina, tidak mengira pangkat tidak mengira semua perkara kerana semua orang akan melakukan maksiat apabila diri dikuasi oleh syaitan dan nafsu yang membawa seseorang itu ke dalam lembah kemaksiatan. Golongan yang terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan ini adalah golongan yang lemah keimanannya terhadap Allah, mereka tidak mampu melawan godaan syaitan dan mereka tidak mampu melawan godaan nafsu. Walaupun mereka dianggap kuat, di anggap mempunyai ramai pengaruh pada keadaan di mata kasar tapi golongan inilah yang dikatakan golongan yang paling lemah dan merekalah mudah dipengaruh kerana tidak dapat membentuk keimanan yang kukuh dalam diri mereka, tidak dapat melawan segala godaan yang membinasaan mereka untuk memesongkan mereka lebih jauh dari hidayah Allah S.W.T.
Apa yang sangat menyedihkan pada hari ini, cuba kita lihat golongan yang berumur, golongan yang sudah bergelar ibu dan bapa, golongan yang sudah berpangkat datuk dan nenek tetapi masih lagi melakukan perbuatan maksiat…Adakah mereka ini jahil? Tidak mengetahui hukum Allah? Jawapannya adalah “TIDAK SEMUA” dari golongan ini jahil yakni tidak mengetahui apa-apa langsung tentang hukum halal dan haram mereka mengetahui hukum mana yang halal dan mana yang haram malahan mereka juga tahu apa balasannya.. Ada sesetengah golongan yang sangat menyedihkan terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan ini adalah golongan yang berpendidikan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, tahu hukum halal dan haram tapi mereka dengan tanpa ada rasa bersalah, tanpa ada rasa malu melakukan perkara maksiat. Kenapa mereka melakukan perkara sebegini sedangkan mereka tahu maksiat itu haram tapi masih terus menerus melakukannya, adakah kerana hatinya sudah gelap? Adakah kerana dirinya telah dikuasai oleh syaitan dan nafsu? jawapannya “YA” inilah yang terjadi pada golongan yang sebegini kerana lemahnya iman seseorang itu..Apabila diri mereka dikuasai syaitan dan nafsu mereka langsung tidak berfikir panjang tentang akibatnya, apakah yang bakal terjadi pada keluarganya, apakah yang bakal mereka hadapi selepas melakukan maksiat, adakah perbuatan mereka itu dapat disembunyikan dari pengetahuan ramai, mungkin “YA” tapi pada Allah S.W.T tidak sama sekali kerana Allah Maha mengetahui semua perkarra yang dilakukan oleh umat-Nya baik mahupun buruk. Mungkin ramai yang berpura-pura dalam dunia(munafik). Pada luarannya kelihatan cantik, bersih dan suci tetapi pada dalamannya adalah gelap hanya pandai berlakon dikhalayak ramai apabila keseorangan mereka akan jadi diri mereka yang sebenar. Mungkin golongan ini tidak sedar akan beberapa patah perkataan ini “KUBUR KATA MARI, RUMAH KATA PERGI”. Kata orang ajal maut ditangan tuhan, tapi bagi golongan yang berpangkat ibu, bapa, nenek dan datuk seharusnya mereka sedar…mereka adalah pembimbing iaitu “PENDIDIK” kepada anak-anak, merekalah dijadikan sebagai tempat yang mudah untuk anak-anak jadikan rujukan dan mereka jualah yang dapat membentuk sahsiah anak-anak mereka, bukan saja anak mereka malahan kepada semua golongan yang lebih muda padanya...jika mereka masih berada dijalan kemaksiatan, pasti peratus untuk melihat anak-anak terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan adalah tinggi. INSAFLAH WAHAI GOLONGAN IBU, GOLONGAN BAPA, GOLONGAN NENEK DAN JUGA GOLONGAN DATUK…
Kita pergi pada golongan muda pula..golongan inilah yang paling banyak cubaan dalam kehidupan mereka, kerana mereka belum bekeluarga mereka merasakan diri mereka bebas tak ada ikatan apa-apa yang membolehkan mereka tidak dapat bergerak, maksud tidak dapat bergerak disini adalah tiada halangan yang menghalang apa saja yang mereka hendak lakukan. Dalam pemikiran mereka adalah “INDIPENDENT” bebas!!! dengan kehidupan dunia…Bila ditegur perkataan yang keluar dari mulut mereka ada sebegini “DIRI AKU”, “HAK AKU”, “IKUT SUKA HATI AKU”, “MATI AKU YANG TANGGUNG”, “AKU PEDULI APA ENGKAU”, “KUBUR MASING-MASING”..ini menunjukkan bertapa angkuhnya golongan yang berkata sedemikian. Mungkin pada masa kini mereka boleh berkata-kata sedemikian tapi apabila tiba dihari pembalasan pasti mereka akan tahu dan menyesal pada saat itu sudah tidak berguna lagi. Mungkin mereka jadi sedemikian adalah disebabkan keadaan sekeliling mereka, dengan kemajuan teknologi moden pada masa kini yang disalah gunakan, terpegaruh dengan kawan-kawan kerana kesilapan dalam memilih kawan, keinginan yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir panjang tentang hukum halal dan haram dan juga mungkin disebabkan mereka selalu inginkan keseronokan dalam alam remaja mereka. Mereka tidak memikirkan masa depan, mereka tidak cuba berfikiran jauh, mereka tidak cuba berfikir apa yang akan jadi dengan tindakan yang mereka lakukan, mereka hanya berfikir keadaan pada masa sekarang dengan dipenuhi dengan hasutan-hasutan syaitan dan juga keinginan nafsu yang tinggi dalam semua perkara menyebabkan mereka mudah tewas, mereka lemah, mereka lagro…akhirnya mereka terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan sekiranya keimanan dalam diri sudah tiada. Jika mereka dibekalkan dengan keimanan dan sentiasa beringat akan kematian yang bakal mereka hadapi kelak, pasti golongan ini akan sentiasa memuhasabah diri mereka agar tidak tergolong dalam orang-orang yang dimurkai Allah S.W.T. Alangkah bagusnya jika golongan remaja pada masa kini cuba seadaya upaya mencari seberapa ramai golongan ilmuan, golongan yang boleh menjadi pembimbing atau pendidik kepada mereka untuk membolehkan mereka mendapat ilmu, mereka mendapat padanagan, mereka mendapat sumber rujukan agar menjadi seorang yang berguna bagi agamanya, bangsanya dan negaranya di hari mendatang dan tidak berada dalam golongan yang sesat. Tetapi sebaliknya mereka melebihkan keseronokan keduaniaan semata-mata, “mereka hanya fikir remaja hanya sekali, sangatlah rugi jika tidak hayati alam remaja dengan penuh keseronokan”…apa yang difikirkan mereka ini betul tapi gunakanlah pemikiran itu ke arah yang positif bukan ke arah negatif agar pemikiran yang positif itu akan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain bukan sebaliknya iaitu mereka membinasakan diri sendiri serta orang-orang disekeliling. SEGERALAH BERRTAUBAT KERANA PELUANG UNTUK ORANG MUDA MASIH LAGI BANYAK UNTUK BERAMAL MASIH LAGI TERBUKA LUAS PINTU TAUBAT UNTUK KITA...
Rumusan untuk ruangan kali ini adalah, semua manusia pernah melakukan kesilapan, semua manusia adalah pada asalnya jahil, semua manusia tidak terlepas dari godaan syaitan dan nafsu, justeru itu apa yang perlu dalam diri sebagai pelindung adalah keimanan kita terhadap Allah S.W.T. Jika kita beriman sepenuhnya hati yang ikhlas dengan Allah S.W.T pasti kita akan terhindar daripada perbuatan maksiat iaitu perbuatan yang akan membinasakan diri kita sendiri di akhirat nanti walaupun kita diuji dengan pelbagai cubaan dengan keimanan yang kuat dalam diri pasti kita akan kuat menepis segala godaan syaitan dan nafsu. Kita akan mudah dikuasai oleh syaitan dan nafsu sekiranya kekuatan iman dalam diri tiada. Perlu lah diingat keihklasan dalam setiap amalan kita adalah sangat penting kerana dengan adanya keihklasan maka akan adalah keberkatan dalam hidup. Jika kita ikhlas dalam melakukan kebaikan pasti akan diberkati oleh-Nya, jika kita ikhlas untuk membantu mereka kembali kepada jalan yang benar pasti akan diberkati olen-Nya dan jika kita ikhlas bertaubat kepada-Nya dengan sungguh-sungguh pasti segala dosa-dosa yang telah lalu akan diampunkan. Sama-samalah kita menginsafi, mengenali, memuhasabah diri kita selalu agar kita bebas dari perbuatan maksiat dan selalu lah berdoa agar kita dilindungi dari terjerumuh ke dalam lembah kemaksiatan. Semua orang masih mempunyai peluang bertaubatlah sekarang kerana masih belum terlewat untuk kita sama-sama bertaubat. Allah S.W.T adalah Maha Pengasinh dan Maha Penyayang kepada hamban-Nya, semua orang layak untuk bertaubat. Bertaubatlah agar diri kita sentiasa beroleh hidayah dah rahmat dari Allah S.W.T dan berada dijalan yang diredhai oleh-Nya.
Sekian saja untuk ruangan kali ini sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersinggung perasaan saudara dan saudari sekalian Khairi memohon ampun dan maaf kerana yang baik itu adalah datang dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri Khairi sendiri. Mohon Maaf sekali lagi. Sekian wassalam
Sunday, June 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mashallah nice article also informative i like the way you write it keep the good work on
Post a Comment