Friday, January 30, 2009

Kelebihan Seorang Guru dan Pendidik

Zaid bin Aslam telah melaporkan daripada bapanya dan daripada beberapa sahabat Rasulullah SAW, katanya:
Golongan hamba Allah yang paling dicintai oleh Allah selepas para Nabi dan para Syuhada ialah para guru, dan tiada suatu tempat di dunia ini yang paling dicintai oleh Allah selepas masjid yang di dalamnya dibacakan Al-Quran.

Daripada Ibrahim An-Nakhie, katanya:
Guru yang mengajar kanak-kanak dimohon keampunan oleh para malaikat di langit, haiwan di bumi, burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut.

Dan dikatakan bahawa jika seseorang kanak-kanak diajarkan Al-Quran dan belajar membaca Bismillahir Rahmanir Rahim, Allah akan mengampunkan tiga orang iaitu bapanya, ibunya dan gurunya.

Abu Said Al-Khudri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan Al-Quran kepada anak lelaki atau anak perempuannya, setiap dirham yang diberikan kepada gurunya itu diumpamakan seberat bukit Uhud.

Apabila seorang kanak-kanak keluar dari rumahnya untuk belajar Al-Quran, maka bertambahlah kebaikan dalam rumah ibubapanya itu dan berkuranglah keburukan dalamnya serta syaitan akan lari dari rumahnya.

Hasan Al-Basri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran, maka Allah akan memakaikan kepadanya pada hari Kiamat kelak dengan tiga jenis pakaian dari syurga yang lebih baik dari dunia dan segala isinya di mana manusia lain (pada ketika itu) berada dalam keadaan telanjang serta Allah akan menambahkan kedudukannya bagi setiap huruf Al-Quran yang diajarkannya.

Abu Abdul Rahman As-Sulami telah melaporkan daripada Uthman bin Affan RA, katanya: bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata:
Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Berkata Abu Badul Rahman: Dengan sebab hadis ini aku duduk dalam majlis ini bagi mengajar orang lain. Beliau juga menjadi guru kepada Hasan dan Husin (cucu Nabi SAW, semoga mereka dirahmati Allah).

Ad-Dahak telah melaporkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW bahawasanya baginda telah berkata semasa Haji Wida’:
Ya Allah, ampunilah para guru dan panjangkanlah umur mereka dan berkatilah usaha dan kehidupan mereka.

Anas bin Malik telah melaporkan dalam hadis yang lain bahawasanya Nabi SAW telah berkata:
Ya Allah, berilah kekayaan kepada para ulama dan fakirkanlah para guru.

Al-Faqih berkata: Yang dimaksudkan dengan kata baginda “fakirkanlah para guru” ialah janganlah engkau perbanyakkan harta mereka kerana dengan sebab banyaknya harta, mereka akan meninggalkan tugas mengajar mereka.

Tuesday, January 27, 2009

Boikot Barangan

Kami sahut cabaran untuk boikot segala barangan ini dan kami tidak akan menggunakan barangan ini lagi!!!!!

Saturday, January 10, 2009

Perwatakan Fizikal & Personaliti

PART 1


PART 2



PART 3

Tuesday, January 6, 2009

Guru Cemerlang Lahirkan Anak Didik Gemilang

GOLONGAN ilmuan adalah salah satu aset yang sangat berharga kepada negara. Peranan mereka menjadi tanggungjawab yang sangat penting, bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat negara kita, untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing.

Mendidik manusia yang berilmu bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ia memerlukan usaha yang berterusan. Oleh itu sewajarnyalah guru diberi penghormatan yang tinggi, sebagaimana firman Allah SWT:

Bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan (Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.” (Surah Al-Mujaadah, ayat 11)

Guru hendaklah mendidik murid mereka dengan penuh semangat dan kesungguhan, di samping mengemaskinikan teknik pengajaran dan cara penyampaian ilmu yang berkesan, semoga dengan itu apa yang diajarkan, akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari murid, dengan itu, mereka mudah memahami dan menerima segala pelajaran yang mereka pelajari.

Guru hendaklah berusaha menyesuaikan dirinya dengan semua pelajar di sekolahnya, supaya dengan itu segala ajarannya akan memberi kesan kepada semua murid-murid, Imam Ghazali di dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’ menyatakan, bahawa sifat guru itu menjadi berkesan dalam jiwa murid melalui tiga peringkat :

1. Ilmu pengetahuan (pengetahuan seseorang mengenai sesuatu konsep).
Penerangan yang mendalam terhadap konsep itu.

2. Perubahan yang timbul hasil dari ilmu yang diperolehi.

3. Guru yang cemerlang akan melahirkan anak didik yang gemilang, ianya terbukti sebagaimana Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang pendidik yang cemerlang sehingga lahirlah di zamannya sahabat-sahabat yang hebat seperti Khulafa’ Ar-Rasyidin, Abdul Rahman bin A’uf, Abu Hurairah, Saad bin Abi Waqas dan sebagainya.

Golongan guru atau ilmuan juga pernah disebut oleh Rasulullah SAW seumpama bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan di lautan, ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang bermaksud :

“Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini adalah seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk bagi menerangi kegelapan samada di darat atau di lautan. Apabila ia terbenam atau hilang, dikhuatiri akan hilang arah petunjuk.”

Pembentukan adab dan budi pekerti juga perlu menjadi tunggak kepada setiap pendidik, bagi memastikan budaya hormat-menghormati, kasih-mengasihi sesama manusia dan segala sifat yang terpuji diamalkan oleh generasi muda masa kini dan di masa-masa yang akan datang. Ibnu Khaldun sangat menekankan soal adab dan dalam mendidik peribadi manusia, sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud :

“Muliakanlah anak-anak kamu dan perelokkanlah budi pekerti mereka.”

Bagi mengangkat martabat pendidikan, kita hendaklah menghormati guru dan meletakkan mereka setaraf dengan para ilmuan serta ahli profesional yang lain, sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Untuk itu, hak pendidik dan para ilmuan perlu diingati, Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan, bahawa hak orang alim ada 7 :

1. Jangan banyak bertanya dan bertanya bila dia bersedia untuk menjawab.
2. Jangan halang jika dia hendak berdiri.
3. Jangan buka rahsia di hadapannya.
4. Jangan mengumpat orang di hadapannya.
5. Hormatlah dia kerana Allah.
6. Jangan duduk membelakanginya.
7. Jika ada keperluan lain, utamakanlah keperluannya.

Adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga kemuliaan dan mengangkat martabat guru, sejajar dengan apa yang telah disebut oleh Islam :

Memberi layanan yang baik dan beradab terhadap guru.

Mengenang jasa mereka yang mendidik anak-anak kita.

Menyebarkan sejarah kecemerlangan ulama’-ulama’ dan ilmuan dalam peradaban Islam.

Menerbitkan buku dan risalah yang membicarakan ketokohan guru dan kemuliaannya.

Sentiasa mendoakan guru dan bekas-bekas guru, agar di tempatkan bersama para Solehin.

Jesteru itu, marilah kita bersatu hati bersama para guru, menggembeling tenaga, bagi menyemai benih keimanan dan ketaqwaan, agar terbentuk sebuah negara maju dan cemerlang, kerana negara akan maju jika rakyatnya berpengetahuan dan berkemahiran, negara akan aman, jika rakyatnya beriman serta mengamalkan ajaran Islam. Negara akan hancur sekiranya rakyat berpecah-belah dan negara akan mundur sekiranya rakyat malas dan lemah.

Monday, January 5, 2009

Antara kata-kata tokoh guru cemerlang (Datuk Muhamad Mustaffa, 62, Datuk Abdul Majid Omar, 66 dan Gerald Lee Leong Ai, 60)

• ‘‘Guru ialah pekerjaan yang menuntut setiap mereka yang bergelar guru berjihad demi memastikan mereka yang dididik menjadi orang terpelajar,”
• ‘‘saya beri semangat, motivasi, kesedaran dan bimbingan kepada guru-guru dan memperkenalkan moto ‘Sekolah Itu Mulia' dan ‘Guru Berkhidmat Di Institusi Mulia',”
• semasa di sekolah itu, saya memperkenalkan moto ‘Sekolah Berdisiplin, Berkualiti dan Berdedikasi'
• ‘‘sebagai pendidik yang sering menjadi rujukan pelajar, guru juga perlu peka dengan perubahan terutama dalam dunia pendidikan,”
• sifat komited, memahami tugas yang diamanahkan serta seronok bekerja menjadikan saya tabah menghadapi segala amanah dan cabaran sepanjang kerjaya sebagai pendidik