Thursday, September 22, 2011

Cerita Missionary dan Pendakwah


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak.

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu
kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab. Handphone N95 missionary berbunyi. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah. Pendakwah tersenyum.

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm, perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang
awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya
dapati awak kurang siuman.


Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan
tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I
love you mom”


Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak
saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan
telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan
marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai. bersepaiiiiiiiiii.

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum.

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak ada pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak ada emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary, Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya.

SUMBER : MOHD GHAZALI BIN ABU BAKAR

Monday, September 19, 2011

Bela Anjing Dah Jadi Trend Masa Kini



Assalamualaikum tujuan post ini dikongsikan bersama anda adalah untuk dijadikan iktibar dan mengajak kita semua supaya berfikir akan setiap perlakuan kita itu adakah berlandaskan hukum atau tidak, mungkin ada umat Islam yang belum mengetahui sebetul-betulnya tentang hukum pemeliharaan anjing yang kita dapat lihat sejak akhir-akhir ini sudah menjadi trend bagi umat Islam terutama di Malaysia. Sama-samalah kita berfikir dan mungkin ada yang belum mengetahui marilah sama-samalah kita memperbetulkannya.

PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH ATAU MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)

Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :

Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :

“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.

Sekian saja untuk ruangan blog kali ini, artikel ini diperolehi melalaui email dan telah diubahsuai untuk tujuan perkongsian yang lebih bemakna, semoga setiap apa yang kita lakukan sentiasa diberkati Allah S.W.T. InsyaAllah...

SUMBER : MOHD GHAZALI BIN ABU BAKAR