Friday, January 28, 2011

Sembahyang Sunat Isyraq

Sesudah terbit matahari sekadar segalah, sekira-kira jam 7.30 pagi, adalah disunatkan untuk mengerjakan sembahyang sunat dua raka'at, yang dinamakan sunat Isyraq. Ia boleh ditambah menurut beberapa bilangan yang disukai, asalkan dilakukan dalam dua raka'at satu salam.

Cara melaksanakannya
1. Sesudah bersuci dan berwuduk, berdirilah menghadap kiblat untuk mendirikan sembahyang sunat Isyraq.
2. Lafaz dan niatnya sewaktu mengangkat takbiratul ihram ialah:

Ushalli sunnatal isyraaqi rak'ataini lillahi taala

Ertinya : "Sahaja aku sembahyang sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah taala"


3. Bacaan selepas Al-Fatihah
Rakaat pertama: Surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua: Surah An-Naas

4. Lakukanlah sembahyang ini sampai kepada salam sebagaimana sembahyang sunat yang lain.

5. Kelebihan Sembahyang Sunat Isyraq
Allah akan memurahkan rezeki bagi orang-orang yang bersembahyang sunat Isyraq pada hari tersebut. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Allah swt berfirman:
" Hai anak Adam! Janganlah malas dalam mengerjakan sembahyang empat rakaat Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha-usahamu pada keseluruhan hari itu"

RUJUKAN :
http://hafieyza.tripod.com/isyraq.html