Thursday, May 20, 2010

Pernikahan, kemuliaan akhlak mampu kawal nafsu syahwat



Pernikahan, kemuliaan akhlak mampu kawal nafsu syahwat

Oleh Dr Danial Zainal Abidin

SEKS adalah satu unsur yang boleh membantu kecemerlangan anda. Justeru, kemampuan untuk meletakkannya pada perspektif yang betul penting supaya ia menjadi seperti garam secukup rasa dalam hidup.

Jika mengambilnya secara berlebihan atau melampaui batas, anda akan terbabas di dunia dan akhirat. Apa yang saya tulis ini bukan sangat tips mengenai seks, tetapi lebih kepada peringatan mengenainya. Seks membicarakan mengenai jantina serta sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Antara hikmah penciptaan Allah, kita perlu menggunakannya secara betul. Kita menghormati mereka yang berlainan jenis dan tidak menzalimi mereka. Seks juga membicarakan kehendak nafsu syahwat agar akhirnya kita mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya.


1. Nafsu seperti layang-layang.

Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ia suatu pemandangan mengasyikkan! Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mengasyikkan? Ia disebabkan benangnya mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu. Akhirnya, tersadai di tempat yang tidak menentu, menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus daripadanya manusia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.

2. Seks adalah keperluan fitrah.

Insan perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru, dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun, keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak fitrah, tetapi mencantikkannya. Contohnya, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah bermaksud: "Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu." (Surah al-Baqarah, ayat 223). Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas diharamkan kerana kemudaratannya.

3. Seks adalah amanah.

Tubuh adalah amanah anugerah Allah. Justeru, anggota seks juga adalah amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang, kemudian dia meletak dan menggunakannya sesuka hatinya? Pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak jujur! Demikian juga dengan alat kelamin. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata: "Amanah adalah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini, Allah akan memelihara diri dan keturunannya!".

4. Seks bukan sekadar memuaskan nafsu.

Seks yang sebenarnya adalah hubungan kerohanian dan fizikal yang terjalin antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal. Ia dinaungi landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan Ilahi. Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Allah berfirman bermaksud: “Antara tanda kebesaran Allah adalah Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan-Nya antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah ar-Rum ayat 21).BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik penting untuk menghasilkan seks bermanfaat. Untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati dalam hidup, iaitu, kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.

5. Seks yang halal adalah ibadah.

Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis :"Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala? Bersabda Nabi Muhammad: Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala!" (Hadis riwayat Muslim)

6. Tidak cukup sekadar memakai kondom.

Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Penting bagi mereka memakai kondom agar kaum Hawa terpelihara daripada HIV/Aids. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Ia walaupun dilakukan dengan reda adalah haram dan berdosa.

7. Zina ada padahnya .

Antara padahnya kesan negatif di sudut emosi. Dr David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, Scotland membuat kajian selama 10 tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan positif dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan. Malah, kadang kala mereka seperti ini mengalami perubahan negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil daripada perbuatan itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10 March 1999)Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperoleh di dunia adalah hilangnya seri pada wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka!" (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim).

sumber:http://crazeedek.hqforums.net/

Monday, May 17, 2010

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua
orang mulia" - Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Beringatlah wahai manusia akhir zaman adakah kamu tergolong dalam orang-orang yang jahil??? sekira kamu sudah terlajak kembalilah kepada jalan yang benar kamu belum terlambat Tuhan Maha Pengasih dan Pengampun, bermohon dan mintalah, merayulah kepadanNya, ingatlah mati bakal menjemput mu...balasan di hari akhirat sangatlah perit...beringatlah wahai manusia...jangan jadikan dunia ini syurga buat mu nescaya kamu akan merana di akhirat kelak...

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru



GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

SELAMAT HARI GURU 2010

Monday, May 10, 2010

Sesungguhnya Mati Itu Pasti

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusanyang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....

WASSALAM